Sayu : Syawal dijemput AJAL di hutan.. Niat bantu cari orang HILANG bertukar Tragedi (5Gambar)

loading...
Ya Allah, masukkanlah arwah ke dalam syurga-Mu dan lindungilah dia daripada siksa kubur dan api neraka .. Niat nya sungguh murni bantu orang dalam kesusahan > 


HULU TERENGGANU : Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah sewaktu menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing dilaporkan hilang di kawasan belukar berhampiran Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Ajil dekat sini hari ini.
Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, dikatakan tiba-tiba pitam sebelum rebah sewaktu berjalan kaki keluar dari lokasi pencarian pada pukul 12 tengah hari, tidak lama selepas operasi SAR yang masuk hari ketiga selesai.

Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Syawal dan beberapa anggota penyelamat lain sedang berjalan keluar menuju ke pos kawalan tempat kejadian (PKTK) selepas kira-kira 35 minit mangsa, Satar Ali, 49, berjaya ditemukan.
"Sewaktu hampir tiba iaitu kira-kira 300 meter dari PKTK, Mohd. Syawal tiba-tiba rebah sebelum segera diberi bantuan kecemasan oleh anggota penyelamat yang menyaksikan kejadian itu.
"Dia kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu di sini dengan menggunakan kenderaan ATV sebelum disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini
loading...

0 Response to "Sayu : Syawal dijemput AJAL di hutan.. Niat bantu cari orang HILANG bertukar Tragedi (5Gambar)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close