Tak Hilang Telur Kalau Orang Lelaki Tolong Buat Kerja Perempuan

loading...
Betul tu cuma mls dn rajin je kn
Semua kerja asik bini je yg buat kerja kn.same2 membantu .barula betul


Secara peribadinya, ramai lelaki (mungkin 70%) yang gemar membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah selepas berkahwin.
Tugas-tugas seperti memasak, mengemas rumah, cuci pinggan, cuci pakaian, jemur pakaian dan lain-lain semuanya ‘diserahkan’ kepada isteri sebulan selepas berkahwin (paling koman) kerana di fikiran mereka,
“Oh, itu semua tugas seorang isteri,”
Mungkin kerana sudah terbiasa melihat ibu atau adik beradik perempuan yang melakukan tugas-tugas sedemikian di rumah sebelum mereka berkahwin. Bila dah kahwin, lalu mereka menetapkan itu adalah tanggungjawab seorang isteri.
Tetapi, apalah salahnya jika anda sebagai suami bertolak ansur dalam menguruskan kerja-kerja di rumah? Baca coretan Redzuan Abd Manaf ini, semoga bermanfaat.
Jangan pernah malu buat kerja perempuan
Kemas rumah, cuci dan jemur pakaian. Kalau anda sayang isteri, kakak atau emak, tolong masakkan sekali sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Tak payah takut dengan cakap-cakap orang kononnya lelaki yang buat kerja-kerja perempuan ini adalah pondan, dayus dan tak cukup jantan.
Wahai lelaki, takkan hilang telur dua biji kalau anda tidak gatai ‘punai’ pergi buat pembedahan.
Bila pulang ke kampung, ringan-ringankanlah tulang anda. Jangan merasakan diri anda itu anak jutawan sehingga pinggan sebiji pun nak suruh kakak yang basuhkan, baju sehelai pun nak suruh emak yang cucikan, nasi dalam periuk pun suruh isteri yang suapkan.
Kalau beginilah perangai anda, saya tidak akan panggil anda sebagai anak jantan. Sebaliknya saya panggil anda sebagai Anak Setan! Hahaha!
Saya ajar awal-awal anak saudara saya. Biar mereka tahu rasa susah senang. Jangan ingat ibu mereka ini sebagai ‘Orang Gaji Upahan’ sebab saya pun tak suka menyusahkan arwah ibu saya.
loading...

0 Response to "Tak Hilang Telur Kalau Orang Lelaki Tolong Buat Kerja Perempuan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close