loading...
Sultan Ibrahim dilihat sebak dan beberapa kali mengesat air mata sebelum menyiram air pada pusara anaknya.
Sultan Johor ziarah pusara Tunku Abdul Jalil; tetap sebak walau setahun selepas pemergiannya - BERITA MediaCorp
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menziarahi pusara anggota kerabat diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah, Jalan Mahmoodiah, hari ini (5 Dis).
Lawatan itu, bersempena setahun anaknya Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil meninggal dunia pada 5 Dis 2015 akibat barah hati pada usia 25 tahun.
Beliau tiba di tanah perkuburan itu pada 8.10 pagi tadi, disambut oleh Imam Makam Diraja, Masri Sapiran @ Sapuan dan Penolong Imam Makam Diraja Azhari Tarpani.
Upacara dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti bacaan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, surah al-Falaq dan al-Nas sekali, sebelum diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa.
Sultan Ibrahim kemudiannya menyiram air mawar dan menabur bunga di pusara berkenaan.
Sultan Ibrahim dilihat sebak dan beberapa kali mengesat air mata sebelum menyiram air pada pusara anaknya.
Dalam pada itu, Masri, 45 berkata Sultan Ibrahim sering menziarahi Makam Diraja dan meluangkan masa hampir setengah jam menziarah pusara Almarhum Tunku Abdul Jalil.
"Kebiasaannya, baginda akan tiba di pekarangan makam pada 8.00 pagi atau 9.10 pagi setiap hari kecuali baginda ada urusan di luar negara.
"Saya melihat Tuanku Sultan Ibrahim sebagai seorang yang amat penyayang, dan baginda juga amat disayangi rakyat Johor tanpa mengira latar belakang dan bangsa," katanya ketika ditemui Bernama di Makam Diraja Mahmoodiah.
Masri bertugas selama 25 tahun sebagai Imam Makam Diraja dan pernah berkhidmat dengan ayah Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang meninggal dunia pada 22 Jan 2010, pada usia 77 tahun.
loading...
0 Response to " Sultan Johor ziarah pusara Tunku Abdul Jalil; tetap sebak walau setahun selepas pemergiannya - "
Post a Comment