KENAL TAK REMAJA PEREMPUAN INI...KELUARGA MEMANG TAK PERNAH BUAT SUARA MACAM TU..RAMAI KAWAN-KAWAN SUKA MENGEJEK KATANYA

loading...
Sering Diminta Rakan Buat Suara Upin Ipin, Asyiela Putri Tak Kisah
Pelakon suara latar kartun animasi Upin & Ipin, Asyiela Putri, 16, akui tidak kisah apabila diminta oleh rakan-rakannya untuk melakukan suara karakter popular tersebut.
“Keluarga memang jarang minta saya buat suara Upin Ipin sebab mereka dah biasa dengar tapi kalau kawan-kawan itu ada.
“Kadang-kadang bila berbual tiba-tiba secara random mereka akan minta saya buat suara tersebut.
“Saya tak kisah pun sebab mereka sahabat saya, jauh sekali nak rasa terganggu atau rimas. Saya seronok bila bersama mereka, lagipun mereka dah kenal saya lama,” katanya.
Dalam pada itu, berbicara mengenai kariernya, Asyiela memberitahu selain bidang pengalihan suara, dia juga ingin cuba menceburi bidang lakonan.
“Setakat ini masih belum ada lagi tawaran berlakon tapi saya teringin nak cuba dan jika ada tawaran saya akan pertimbangkan.
“Saya mahu cuba raih pengalaman melalui lakonan pula, secara jujurnya apa uang saya lakukan sekrang pun tidak banyak bezanya cuba di belakang kamera saja.
“Apa salahnya jika mencuba, boleh lah timba pengalaman berlakon di hadapan kamera pula, sekurangnya-kurangnya saya boleh belajar untuk kurangkan rasa malu dan tingkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan kamera,” katanya.
Saluran Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First (saluran 480) mulai 1 Disember depan dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST).
Saluran istimewa ini akan disiarkan secara berterusan selama tiga hari atau 72 jam dari waktu pembelian.
Teks oleh: Mya Amri
loading...

0 Response to "KENAL TAK REMAJA PEREMPUAN INI...KELUARGA MEMANG TAK PERNAH BUAT SUARA MACAM TU..RAMAI KAWAN-KAWAN SUKA MENGEJEK KATANYA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close