LELAKI INI SANGKA LELAKI DISEBELAHNYA ITU ADALAH GELANDANGAN YG GILA RUPANYA DIA ADALAH.SEORANG... !!

loading...

Ya Allah, aku ingatkan dia seorang gelandangan KL, tetapi sangkaanku meleset !
Seluar lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar sudah cukup menggambarkan dia seperti seorang jalanan yang kurang akal. Jumpa pula di stesen KTM kuala lumpur, sah dia gelandangan!
Sedang aku masuk gate KTM dia berenti berjalan dan tegur aku dengan bahasa inggeris fasih sekali. Cuak aku ingat seorang gila yang menegur. Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masya-Allah Dr. Saiful Ad-Daulah. Pensyarah Ijazul Quraan Fakulti Quraan dan sunnah. Beliau yang ingin ke Port Klang mengambil bagasi untuk dibawa pulang ke Khartoum. Aku mencium tangan beliau depan orang ramai hingga semua kaget, ya, semua menganggap beliau seorang india gila. Padahal di dalam dada beliau penuh ilmu usul quraan dan hadis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan cukup terperinci.
Pensyarah yang tidak punya kenderaan kecuali kedua kakinya. Aku bertanya, kenapa beliau berpakaian begini apabila keluar? Beliau berkata, aku hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti, diluar universiti, aku manusia biasa. Semua mata tertumpu pada kami hingga bikin beliau malu. Masakan tidak, orang menyangka seorang india gelandangan sedang fasih berbahasa arab. Beliau sempat menghuraikan kepadaku beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil aku membiarkan tren aku berlalu begitu sahaja kerana aku takut tidak punya emas seperti itu lagi bersama beliau.
Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke Surau Anggerik, beliau adalah jemaah tetap harian di situ. Beliau kata, Aku tak pernah menaiki kenderaan ke surau malah aku ingin sentiasa berjemaah d isana tetapi apakan daya zohor dan asar memaksa aku berjemaah di surau fakulti. Masya-Allah, tak tinggal solat jemaah.
Beliau memberitahu bahawa kontrak beliau dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke Khartoum selepas mengambil bagasi di port klang. Hilang seorang alim mutiara ilmu di USIM.
Ditulis Oleh Amir Zuhair
loading...

0 Response to "LELAKI INI SANGKA LELAKI DISEBELAHNYA ITU ADALAH GELANDANGAN YG GILA RUPANYA DIA ADALAH.SEORANG... !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close