loading...
Dek kerana kesempitan duit, sepasang suami isteri miskin di Bali terpaksa membawa mayat anaknya pulang dengan motosikal kerana tidak mampu membayar kos ambulans.. Kasihan melihat si ibu hanya mampu mengendong mayat anak dalam keadaan cuaca panas macam tu.. Hurmm..
Difahamkan, pasangan yang dikenali Wayan Sujana, 45, dan isteri, Wayan Sari, 40, sebelum tu kehilangan anak ketiga dorang yang meninggal dunia di Hospital Sanglah di Denpasar Barat, Denpasar, Bali.. Bayi tu dikatakan meninggal dunia selepas menjalani beberapa pembedahan lubang dubur.
Si bapa mengatakan sebaik anaknya meninggal dunia, dia diberikan bil oleh pihak hospital.. Kos mengubati anaknya selama 45 hari sejak dilahirkan, sudah mencecah Rp10.934 juta (RM3,300).
Dia hanya mampu bayar Rp3 juta (RM915), itupun duit hasil pinjaman daripada beberapa jiran.. Dia pun tak tahu, dia mampu nak bayar baki selebihnya ke tidak.. Untuk menggunakan khidmat ambulans pulak, memerlukan lebih Rp1 juta (RM305) lagi..
Disebabkan itu lah Wayan memilih untuk membawa mayat anaknya menaiki motosikal sahaja walaupun perjalanan tu mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di rumah dorang di Banjar Yeh Kori, Karengasem..
Kasihan! Hah! Itu sebab lah dalam hidup perlu sentiasa bersyukur.. Jangan asyik nak merungut jer, ingat masih ada yang lebih susah dari kita..
loading...
0 Response to "Terpaksa Bawa Mayat Anak Menaiki Motosikal kerana Miskin"
Post a Comment