loading...
Sungai Petani: Ya allah kenapa kejam sangat pengasuh ni, Auni masih kecil dia tidak tahu apa-apa kenapa diperlakukan sedemikan rupa pada nya, tersangat siksa diakhir hidup nya, apa dosa dan salah Baby Auni.
Allah ! Rupanya Punca Sebenar Baby Auni Maut TERBONGKAR ! Lebih Zalim Dari Yg Kita Bayangkan ! Patutlah Tengokorak Kepala Boleh Retak ! |
Harian Metro melaporkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera pengasuh di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima laporan daripada doktor yang merawat bayi itu kira-kira 4.30 petang, 27 Oktober lalu, memaklumkan menerima pesakit mengalami sawan dan tidak sedarkan diri serta berada dalam keadaan kritikal.
"Hasil pemeriksaan, mangsa disyaki didera berdasarkan kesan kecederaan seperti pendarahan dalam otak, keretakan tempurung kepala dan kesan darah mengalir ke bahagian mata," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lalu, di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek wanita berusia 40 tahun yang menjadi pengasuh mangsa sejak Ogos lalu, sehari selepas kejadian.
Md Zukir berkata, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik (kembar), manakala ibu bapa mangsa bekerja di sebuah kilang berhampiran.
"Suspek mengaku ada menghayunkan buaian pada 7.30 pagi dan kepala bayi terkena lantai. Pada masa itu mangsa masih sedar tapi dalam keadaan tidak bermaya.
"Suspek kemudian menghantar bayi itu ke rumah neneknya kerana tidak tahu apa perlu dilakukan tanpa memberitahu apa-apa," katanya,.
Nenek suspek kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Selambau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
loading...
0 Response to "Allah ! Rupanya Punca Sebenar Baby Auni Maut TERBONGKAR ! Lebih Zalim Dari Yg Kita Bayangkan ! Patutlah Tengokorak Kepala Boleh Retak !"
Post a Comment