loading...
KUALA LUMPUR - Hajat pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che WAn atau Che Ta untuk meraikan ulang tahun kedua hari lahir anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, di London tidak kesampaian kerana berdepan dengan masalah tunggakan cukai.
PATUTLAH!! Inilah Sebabnya!! Tak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara & Terpaksa Raikan Aaisyah Di KL |
Lapor Berita Harian, Che Ta telah membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa itu tetapi hasratnya itu tersekat buat sementara waktu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bercakap pada wartawan Berita Harian di majlis hari lahir anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota petang semalam, Che Ta menjelaskan bahawa beliau perlu melunaskan sejumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.
"Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.
"Saya telah mengadakan pertemuan bersama pihak LHDN berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan.
"Buat masa ini, nak bayar separuh dari jumlah itu pun saya belum mampu lakukan lagi," katanya yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu.
Walau bagaimanapun, Che Ta bersyukur anaknya itu masih kecil dan belum memahami masalah yang dihadapinya itu.
"Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati.
"Cuma moodnya memang kurang baik hari ini. Saya jarang membawanya ke acara yang membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan situasi seperti ini," katanya yang merujuk kepada majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekatnya.
Sebagai ibu, beliau berusaha untuk membahagiakan anak-anaknya.
"Sebelum ini, majlis hari lahir abangnya, Ammar, umpamanya diadakan di Santorini, Greece. Cuma nasib Aaisyah kurang baik apabila saya berdepan dengan masalah ini," katanya.
Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Che Ta. Aaisyah Dhia Rana. Perghh Gempak ... Klik Di SINI
loading...
0 Response to "PATUTLAH!! Inilah Sebabnya!! Tak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara & Terpaksa Raikan Aaisyah Di KL"
Post a Comment