loading...
Baru-baru ni, wall di Facebook saya penuh dengan news feed tentang junior-junior medical student yang alhamdulillah telah pun graduate.
Sama ada anda daripada luar negara mahupun universiti tempatan, swasta mahu pun awam, tahniah saya ucapkan. Anda berjaya menambah 2 huruf di depan nama anda, DR.
Graduan daripada universiti pada saya adalah ibarat baru keluar dari kuali panas dan masuk ke dalam api.
Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apakah anda perlu buat sekarang, now that you have successfully finished medical school?
Sila jangan relax. Ramai antara kita kononnya owh, di universiti sangat stress, sangat sibuk, walhal tak lah sesetress mana pun kan? Well, you still have time for computer games, time to go out and having dinner at night, time to sleep, time to pee and drink.
Please don’t do that, terutama ni nak raya, semua sibuk buat persediaan nak raya. Namun persediaan lebih penting adalah persediaan untuk memasuki alam pekerjaan
Sila khatamkan CPG anda, buka acadmed.org.my. Sila aim satu minggu satu CPG, that’s all.
Bukan hanya baca, hadam dan hafal sekali terutama yang graduate dari universiti luar negara sebab protokol rawatan di negara kita sedikit berbeza.
AMI, Hypertension, Diabetes Mellitus, Stroke etc, sila hafal. Sila HAFAL! Jadi bila anda kerja nanti, hari pertama specialist anda tanya, anda dah boleh impress mereka, dan kurang risiko untuk di aim kerana tak competent.
Dua, jangan buang atau bagi kat junior buku anda, kecuali buku tersebut dah outdated.
Sila bayangkan diri anda ibarat anda masih di medical school, cuma masa belajarnya bergantung kepada anda. Lihat semula practical and clinical skills satu per satu.
Tengok balik prosedur, macam mana nak buat CVL, macam mana nak baca CVP, macam mana nak set line kat leher, macam mana nak buat stab PD and so on.
Tiga, hafal, hafal dan hafal ACLS guideline. Patient collapse dan anda seorang di wad nanti, anda boleh tenang menyelesaikan masalah. Dan bukannya sibuk mencapai telefon menelefon MO.
Sila resuscitate patient, intubate bila ada peluang. Dan sambil tu arahkan dengan sopan staff nurse atau siapa-siapa yang berdekatan untuk telefon MO anda.
Jangan anda yang telefon MO, dan pesakit menderita tanpa anda di situ. Hadam mana nak kena defib, mana nak kena CPR, tengok balik video intubation.
Nanti dah habis posting medical, or worst dah habis houseman, satu kali pun tak pernah intubate.
Empat, adjust waktu tidur anda. Saya night owl, tak suka bangun pagi. Adjust, tidur pukul 10-12 malam dan bangun seawal 5 – 5.30 pagi.
So that anda dah optimize untuk bekerja. Dan tak adalah sibuk nak menguap je pagi-pagi buta lagi.
Lima, beli kasut yang sesuai. Stetoskop anda kalau dah daif sangat sampai ada selotep, getah ikat air bagai, beli yang baru.
Kalau ada modal lebih, beli portable pulse oximetry. Tak ada lah patient SOB, korang sibuk nak panggil staff nurse nak tolak Dynamap sebesar gajah tu.
Alah, korang dah grad ni, mesti banyak dapat duit kan dari mak ayah, sedara mara, duit raya lagi, apa kata gunakannya untuk pesakit anda.
Jadi jangan kata lah macam tak ada life je. No, this is your life. Ini tanggungjawab.
Anda jahil, ignorance, anda berdosa. Pesakit jadi makin morbid kerana anda. So, hope this will help. Oh another thing, jangan dengar cakap orang kata posting ni sibuklah, menakutkan lah, no such thing. Pergi tengok dulu then baru judge.
Haa, padan muka. Siapa suruh nak jadi doktor sangat.
loading...
0 Response to "5 Pesanan Saya Buat Bakal Doktor Baru Yang Akan Mula Sertai ‘Housemanship’"
Post a Comment