AKIBAT TERLALU CINTA LELAKI INI RELA HIDUP DENGAN MAYAT SELAMA 7 TAHUN...TAPI APA YANG BERLAKU SELEPAS 7 TAHUN AMAT TAK DISANGKA-SANGKA.....

loading...


AKIBAT TERLALU CINTA LELAKI INI RELA HIDUP DENGAN MAYAT SELAMA 7 TAHUN...TAPI APA YANG BERLAKU SELEPAS 7 TAHUN AMAT TAK DISANGKA-SANGKA.....






CARL Tanzler merupakan seorang pakar radiologi di Hospital Marin United Stated di Key West dan dia berpengetahuan luas dalam teknik perubatan yang baru dan belum diuji untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.


Kisah pelik Tanzler bermula apabila dia dikatakan bertemu dengan cinta sejatinya iaitu, Maria Elena Milagro “Helen” de Hoyos pada April 1930.





Walaupun telah berumahtangga, Tanzler dikatakan telah jatuh hati kepada Helen yang merupakan seorang pesakit tibi dan memiliki rupa jelita.


Tanzler berikrar untuk menyelamatkan Helen walau dengan cara apa sekalipun, malah keluarga #Helen yang terdesak terpaksa bersetuju untuk membenarkannya menggunakan rawatan yang pelik dan belum diuji penggunaan ubat-ubat herba serta rawatan #x-ray.


Selain daripada itu, Tanzler turut meluahkan cintakan kepada Helen dengan memberikan kekasihnya itu pelbagai hadiah namun tiada sebarang bukti menunjukkan Helen menerima semula cinta Tanzler.


Tanzler tidak pernah berputus asa, malah dia percaya bahawa dengan menyembuhkan penyakitnya, Helen tidak mampu untuk menolak cintanya.


Walau bermacam-macam usaha telah dilakukan, Helen akhirnya meninggal dunia pada tahun 1931 Tanzler kemudiannya membina makam untuk Helen dengan kebenaran keluarganya.


Keluarga Helen tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik pada Tanzler namun hakikatnya dia sebenarnya memelihara mayat kekasihnya itu dengan formaldehyde malah dalam tempoh dua tahun berikutnya, dia menemani mayat Helen setiap malam serta berbual panjang bersamanya.


Pada 1933  beliau turut mencuri mayat #Helen dari kuburnya dan membawanya pulang ke rumah malah pada masa tersebut Helen telah meninggal selama dua tahun dan Tanzler berjuang habis-habisan untuk melawan pereputan mayat kekasihnya itu.


Walaupun terpaksa menggunakan berbaldi bahan pengawet, #Tanzler tetap terus menjalinkan perhubungan seolah-olah hidup bersama dalam suasana bahagia di samping turut memainkan lagu-lagu untuk mayat Helen melalui piano.


Namun percintaan romantik antara Tanzler dan mayat kekasihnya tersebut berakhir tujuh tahun kemudian iaitu pada tahun 1940 setelah kakak Helen mengesyaki #Tanzler memecah masuk rumahnya sebelum menjumpai mayat adiknya itu sudah menyerupai anak patung.


Tanzler ditangkap dan didapati masih waras untuk dibicarakan namun akhirnya dia dilepaskan kerana kekurangan akta dalam undang-undang.- thelineup.com
loading...

0 Response to "AKIBAT TERLALU CINTA LELAKI INI RELA HIDUP DENGAN MAYAT SELAMA 7 TAHUN...TAPI APA YANG BERLAKU SELEPAS 7 TAHUN AMAT TAK DISANGKA-SANGKA....."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close