Akibat terlalu MengeJar Barang Online !! Lain yang diOrder.. Lain yang dapat Bila Buka kotak Telefon !!

loading...

26 April 2016, semasa berada di pejabat, saya telah melayari laman Directd Retail and Wholesale Sdn Bhd secara online untuk membeli telefon bimbit jenis Lenovo K3 Note Yellow, bersama dengan tempered glass yang berharga RM468.90, termasuk pos.
Saya telah membuat pembayaran secara online melalui Maybank2u ke atas nombor akaun syarikat berkenaan. Sya dimaklumkan melalui e-mel bahawa barang yang dipesan oleh saya itu akan dipos pada 27 April 2016. Tracking number juga telah diberikan pada saya untuk menyemak status penghantaran.

Pada 29 April 2016, jam 10 pagi di pejabat, barang tersebut telah sampai di meja saya dimana saya dimaklumkan barang tersebut telah dihantar oleh pekerja Pos Laju.
Dari segi luaran dan dalaman bungkusan tersebut, ia masih kelihatan elok dan tidak terusik. Bagaimanapun, bila saya membuka bungkusan itu, saya mendapati telefon dan pengecasnya telah tiada.
Saya memaklumkan perkara ini kepada pihak penjual dan mereka memberikan saya video rakaman CCTV sebagai bukti bahawa memang ada pekerjanya yang membungkus telefon itu berserta dengan beberapa 'free gift' di dalam bungkusan tersebut.
Malangnya, yang diterima oleh saya hanyalah tempered glass dan kotak kosong.
Berat barang yang ditulis pada parcel ialah 0.46 bermaksud 460 gram. Tetapi bila saya bawa ke pejabat pos Putrajaya, berat yang diterima hanya 0.20 yang bermaksud 200 gram sahaja. 260 gram hilang ke mana?
Pengirim hantar barang di Pejabat Pos Brickfield dan selepas ditimbang, catat 0.46 gram. Jadi boleh teka bukan dari side pengirim.
loading...

0 Response to "Akibat terlalu MengeJar Barang Online !! Lain yang diOrder.. Lain yang dapat Bila Buka kotak Telefon !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close