loading...
VIETNAM - Seorang lelaki meninggal dunia selepas isterinya dilaporkan mencengkam buah zakarnya semasa pertengkaran dan enggan melepaskan selama lima minit.
Le Kim Khai, 53, meninggal dunia akibat lemas dalam perjalanan ke hospital pada hari Ahad (10 Julai), lapor Vietnam Tuoi Tre News.
Dilaporkan Khai, yang sudah tidak tinggal bersama isterinya dan keluarganya, telah pergi ke rumah isterinya di Tien Giang wilayah Vietnam selatan.
Berang tidak dibenarkan masuk, beliau dilaporkan menggunakan gergaji untuk memotong kunci mangga pada pintu.
Khai kemudian masuk ke dalam rumah sebelum berlaku pertengkaran dengan isterinya yang berusia 55 tahun, Phan Thi Kim Chuong.
Pertengkaran kecil itu kemudian mula bertukar ganas.
Tuoi Tre News melaporkan bahawa Khai yang memulakan pertengkaran, kemudiannya telah berkali-kali memukul isterinya menggunakan tangan serta tidak mengendahkan rayuan anak perempuannya supaya berhenti.
Dia kemudian turut memukul anak perempuannya.
Ini telah mendorong isterinya menjerit meminta tolong.
Dalam cubaan terdesak untuk melindungi anak perempuannya, isterinya bertindak mencengkam buah zakar suaminya, dan mengheretnya ke lantai.
Dia kemudian duduk di atas perut suaminya, dengan tangannya masih mencengkam.
Dalam masa yang sama, dia turut menghubungi polis.
Isterinya hanya melepaskan cengkaman apabila jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong tiba untuk membantu.
Pada masa ini, Khai dilaporkan sudah pun pengsan. Suaminya kemudian dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Menurut laporan bedah siasat, Khai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas isi perut terperangkap dalam salur pernafasan. Tiada maklumat lanjut didedahkan.
Isterinya, yang kini ditahan polis untuk soal siasat, memberitahu bahawa suaminya sering memukulnya dan dia hanya berniat mahu memberi "amaran" semasa mencengkam buah zakar suaminya itu, lapor Tuoi Tre News.
loading...
0 Response to "ASTAGA PEREMPUAN NIE..!!! MENCENGKAM BUAH ZAKAR SUAMINYA SEHINGGA MATI"
Post a Comment