MASYALLAH ...!!! CABARAN YG PALING GETIR BUAT Jejaka Bombay Digelar 'Anak Syaitan' Oleh Keluarganya

loading...
Jejaka Bombay Digelar 'Anak Syaitan' Oleh Keluarganya

Masih ingat tak zaman kanak-kanak dahulu ada rancangan kartun "Popeye The Sailorman"?
Kisahnya mengenai seorang pelaut, setelah makan sayur bayam, badannya mampu bertumbuh menjadi besar untuk melawan dengan orang yang membulinya.
Kehebatan tersebut turut berlaku ke atas seorang jejaka India di bahagian kanan lengannya.
Bagaimana pun, kehebatan tersebut tidak memberi kebaikan buat dirinya sebaliknya membawa pelbagai cabaran dalam kehidupannya. 

Jejaka yang dimaksukan itu bernama Bablu Pashi berusia 25 tahun, disebabkan mengalami sejenis penyakit yang memperlihatkan bahagian lengan kanannya bertumbuh menjadi semakin besar sehingga beratnya mencecah 20kg. 
Oleh sebab itu, Bablu Pashi bukan sahaja dipanggil oleh jiran tetangganya sebagai 'anak syaitan', malah keluarganya rasa terhina dengan penyakitnya dan memutuskan hubungan dengannya. 
Maka dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya pergi ke bandaraya yang lain untuk mencari rezeki dan memulakan kehidupan yang baru, namun ketika di sana dia tetap mengalami penghinaan yang sama.
Bablu Pashi meninggalkan kampungnya dan datang ke Bombay, tetapi nasib malangnya tetap tidak berubah.
Baru-baru ini, seorang wartawan tempatan mengekorinya dan menjejaki kehidupannya, sekali gus mendapati lengan Bablu Pashi yang luar biasa besar saiznya menyebabkan usahanya mencari kerja berdepan kesukaran dan rintangan, Sikap masyarakat tempatan sama saja dengan ahli keluarganya yang berada di kampung.
Wartawan berkenaan melaporkan, akibat penyakit tersebut menyebabkan dia terpaksa berpindah ke Bombay. Mulanya dia beranggapan dirinya boleh menyembunyi di kelompok masyarakat tempatan, lepas itu dia mulakan kehidupan baru nya di sini. 
Tetapi, apa yang dihadapinya hanyalah pengalaman yang sama seperti sebelum ini, ini kerana masyarakat umum semua takut dengan lengannya yang luar biasa besar. 
Bablu Pashi turut berasa susah untuk mengangkat gelas yang berisi air dengan menggunakan tangan kanannya yang memperlihatkan semakin hari semakin bertumbuh besar. 
Menurutnya, sejak pindah ke Bombay menghadapi banyak rintangan dalam usaha mencari kerja. 
Wartawan berkenaan melaporkan, sekiranya Bablu Pashi memperolehi rawatan yang sempurna, tangannya yang mempunyai berat 20kg itu dapat dikurangkan menjadi normal saiz. 
Tetapi doktor pula memaklumkan tangannya tidak mingkin dapat menjadi normal semula sebab keadaan penyakitnya sudah berada di peringkat yang terakhir.
Penyakit Gergasi atau juga dipanggil Penyakit Tumbesaran Bahagian Tubuh Badan adalah disebabkan penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan di dalam badan sesorang itu. 
Penyakit tersebut akan mengakibatkan sesetengah bahagian badan mengalami keadaan tumbesaran yang melampau, lazimnya adalah pada jari tangan dan jari kaki. 
Namun, apa yang berlaku ke atas Bablu Pashi adalah keseluruhan tangannya mengalami tumbesaran yang melampau.- CARI 
loading...

0 Response to "MASYALLAH ...!!! CABARAN YG PALING GETIR BUAT Jejaka Bombay Digelar 'Anak Syaitan' Oleh Keluarganya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close