Cara Menarik Perhatian Lelaki Terhadap Perempuan

loading...
Cara Menarik Perhatian Lelaki Terhadap Perempuan

Apa cara menarik perhatian lelaki terhadap perempuan? Entri ini khas untuk kaum perempuan yang ingin tahu cara menarik perhatian lelaki yang anda minat. Kadang-kadang,  disebabkan sikap dan perangai lelaki itu, mungkin anda perlu memberikan sedikit hints buat lelaki yang anda minat terutama lelaki yang terlalu ego.

Untuk kaum perempuan, untuk seseorang lelaki itu menyukai anda, tidak semestinya anda cantik, bergaya, kaya dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak faktor yang membuatkan lelaki tertarik kepada seseorang perempuan.

Antara cara menarik perhatian lelaki terhadap perempuan ialah seperti berikut:
  • Jangan sesekali cuba menjadi orang lain selain diri anda sendiri. Lama-kelamaan, perangai dan sikap sebenar anda akan terdedah juga.
  • Sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Lelaki suka tengok perempuan yang kelihatan kemas dan menjaga penampilannya.
  • Jangan ketawa sampai tak ingat dunia. Secara serius, lelaki tidak berkenan dengan perempuan yang ketawa gila macam tiada orang lain di sekeliling.
  • Bersikap manja dan tidak gedik! Manja dan gedik sebenarnya sesuatu yang berbeza bergantung kepada sesiapa yang menilai,  kalau anda tersilap memang anda akan dicop sebagai perempuan gedik.
  • Tahu gaya dan fesyen yang sesuai untuk mereka. Perempuan memang suka bergaya tetapi kadang-kadang gaya penampilan mereka tidak sesuai dan kelihatan aneh dan lawak pada lelaki.
  • Pandai memasak dan sukakan budak kecil. Lelaki suka perempuan yang pandai memasak dan bersikap penyayang.
  • Jangan terlalu suka memuji lelaki terutama apabila pujian itu langsung tidak mengena dengannya.
  • Sentiasa senyum apabila terserempak atau ketika berjumpa dengan mereka. Lelaki mudah terpikat dengan senyuman perempuan yang ikhlas.
  • Jangan suka tanya benda yang mereka tidak minat, kalau nak tau mereka berminat atau tidak, biasanya mereka akan jawab sepatah dua atau anggukan kepala sahaja jika kurang berminat.

  • Jangan suka bergosip di depan lelaki, sebab mereka mungkin fikir anda mempermainkan atau mengatakan sesuatu yang mereka tidak berkenan.
  • Berterus-terang dan bersikap matang. Kalau nak bersikap sambil lewa, mereka akan cepat saja akan berasa bosan kalau anda terus macam itu.
  • Jaga pergaulan dengan kawan lelaki yang lain. Mereka mungkin tidak berkenan dengan cara pergaulan anda dengan kawan-kawan lelaki anda yang lain.
  • Rupa paras yang cantik, jika anda mempunyai rupa paras yang cantik, itu satu bonus buat anda tetapi tidak semua lelaki memandang paras rupa sebagai kriteria utama memilih pasangan mereka.
loading...

0 Response to "Cara Menarik Perhatian Lelaki Terhadap Perempuan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close