loading...
Setiap pasangan yang bercinta mesti bercita-cita nak menamatkan zaman bujang dan hidup bersama pasangan secepat yang mungkin. Namun, bukan senang nak kahwin dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Buat majlis simple pun memerlukan belanja juga.
Ada juga yang bercinta dah bertahun tahun tapi masih belum kahwin kerana belum stabil, jom baca perkongsian daripada wanita ini yang berkahwin beberapa bulan selepas bertunang hasil untung berniaga. Niat baik untuk kahwin dan syukur urusan dipermudahkan. Rezeki pula semakin berlimpah ruah selepas kahwin.
Bertunang dan mula niaga nak kumpul duit kahwin, tawakkal je masa ni
Bila duk termenung sorang sorang. Flashback balik kita yang dulu. Banyak kurang banyak silap. Dulu Aida takut nak kawin. Tapi cantiknya aturan Allah dlm hidup kita ni. Kadang tak sampai akaiii nak pikir. hikhikSiapa takut nak kawin di usia muda baca kisah Aida ni. Aida boleh lah nasihat sebab Aida dah lalui benda ni.Tajuk: Jangan takut kalau anda belum stabil tapi nak kawinBermula. Aida 23 tahun. Suami 25. Kami couple. Dulu sblm bertunang, pakwe (suami skrg) kerja ktm bahagian canteen jadi cheff (yang korang makan tak sedap tu yelah dia yang masak hahaha)Lepastu,Kami tunang biasa-biasa je takda majlis grand2. Tak lama tunang sebab takut banyak maksiat. Masa ni kami decide tawakal kat Allah. Kami nak berniaga sama-sama. Dia stop kerja ktm. Dan bisneslah kami sama-sama. Masa ni saya dapat tentangan dari sesetengah pihak yang tak suka nampk kami kehulu kehilir sama-sama walhal niat kami baik kami nak kumpul duit nk kawin.Dan!
Kahwin beberapa bulan lepas tunang & rezeki selepas kahwin semakin mencurah-curah
Kami kawin beberapa bulan selepas tu. Awal tahun ni Aida 24 tahun. Suami 26 tahun. Kawinlah pongpang3 kami hasil kumpul duit untung berbisnes. Dia dengan gaji dia kumpul mas kahwin duit hantaran kawin yang saya mintak dan lain-lain perkakas nak kawin. Saya gaji saya sendiri beli apa saya nak beli hehehe best jadi perempuan.Dan ringkasan cerita.Alhamdulillah rezeki selepas kawin satu-satu masuk. Mula-mula rezeki Allah bagi bisnes semakin maju.
Lepastu, dapat anak 3 minggu plus minus selepas kawin inai pun belum habis kt jari ni. Lepastu, dapat rezeki buat loan beli kereta tanpa perlu penjamin pun cuma tunjuk statement bank bisnes sahaja (kereta pun bukan kereta mewah. Syukurlah cuma kereta untuk kerja dan cukup untuk kami naik hari-hari bawak baby dlm perut)
Dan!! Yang paling saya sampai saat ni tak percaya sekarang dapat buat rumah sendiri tanpa buat loan bank.Huhhh sungguh dasyat aturan Allah buat saya dan suami. Syukur alhamdulillah atas pemberian Allah ni.Apa yang saya nak highlight kt sini. Jangan takut nak kawin. Dengan sesiapa pun its okay. Go ahead. Sebab dia dah jodoh kita. Anddd! Rezeki kita Allah sudah tetapkan siap-siap. Kita tak perlu fikir berat. Tak perlu fikir kerja Allah. Dia tahu apa yang dia bagi kat kita. Kita cuma perlu meletakkan kebergantungan kita pada Allah s.w.t. itu je prinsip Aida. Dan untuk hari esok. Aida serahkan pada Allah 100%. dia yang berhak ke atas kita hamba hambaNya.Itu jelah sharing-sharing dari Aida yang tak seberapa ni. Kalau nak share. Boleh share. Silakan.Tapi sebelum tu, doakan baby Aida yang tak duk diam dalam perut ni sihat sempurna selamat dan comel lahir nanti. Amiennn
loading...
0 Response to "Dulu Takut Nak Kahwin – Wanita Ini Kongsi Urusan Dipermudah & Rezeki Melimpah Selepas Kahwin"
Post a Comment