FUh !! Salute Giler Jejaka Hensem Ini Buat pada Wanita yang Mata Duitan !! memang Salute lu bro ..

loading...
Pengajaran Paling Berguna Buat Perempuan Mata Duitan

IA  merupakan satu pengajaran yang paling pahit bagi seorang perempuan apabila dia sanggup menipu kekasihnya semata-mata untuk menaiki jet peribadi milik seorang lelaki tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya cuba mempermainkannya.
Lelaki berkenaan, Coby Persin, dari New York, adalah bintang YouTube dan sering muncul dengan video-video mempersendakan orang ramai.
Kali ini dia mendekati seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lauren. Pada mulanya Lauren tidak berminat dengan Coby dan memaklumkan bahawa dia sedang menunggu kekasihnya.
Namun apabila `pemandu’ Coby meminta Coby beredar dari situ dengan segera kerana jet mereka akan berlepas dalam masa 20 minit, Lauren telah membuka mata.
Dia terkejut apabila mendengar Coby mempunyai jet dan Lauren terus bersetuju untuk mengikut Coby menaiki jet ke Miami.
Sebelum jet itu berlepas, Lauren menghubungi kekasihnya dan berbohong yang dia tidak sihat serta tidak dapat bertemu dengan teman lelakinya itu.
Sebaik sahaja Lauren meletakkan telefon, Coby meminta Lauren turun dari jet itu kononnya untuk merakamkan gambarnya yang melambai di tingkap pesawat berkenaan.
Coby kemudiannya berkata : “Awak bersedia? Sebenarnya saya tidak suka pengikis dan awak tidak akan masuk ke dalam jet saya. Halau dia. Dia tidak sepatutnya berada di sini….saya tidak kenal dia’’.
Lauren akhirnya diiring keluar dari kawasan berkenaan oleh kakitangan lapangan terbang.
loading...

0 Response to "FUh !! Salute Giler Jejaka Hensem Ini Buat pada Wanita yang Mata Duitan !! memang Salute lu bro .."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close