Gadis Ini Ke Korea Cari Ayah Kandung, Namun Ini Yang Berlaku Sangat MENGEJUTKAN !!!

loading...
Gadis Ini Ke Korea Cari Ayah Kandung, Namun Ini Yang Berlaku Sangat MENGEJUTKAN !!! Bagaimana rasanya apabila kita terpisah dengan ayah kandung dari kecil dan tak tahu langsung bagaimana rupa ayah kita? Itulah yang dirasai seorang gadis kelahiran Terengganu, Mimi Nadia Adam gadis berusia 22 tahun yang kini merupakan graduan dari Kolej Islam Kelantan (KIAS) apabila terpisah dengan ayahnya sejak kecil dan hanya tahu ayahnya seorang warganegara Korea pada usia 9 ke 10 tahun.
Capture
“Alkisahnya bermula, ayah saya bekerja di Malaysia, iaitu di Paka Terengganu.Then mak saya kerja dengan ayah. Masa tu ayah duda anak satu (lelaki). Then di situ depa berkenalan dan kahwin. Lepas tu dapat saya la. Kemudian, bila saya berusia beberapa bulan, saya balik ke Korea untuk melawat keluarga sebelah ayah untuk beberapa bulan”
Selepas beberapa bulan di sana, perniagaan ayahnya kurang baik dan terpaksa ditutup dan dia terpaksa pulang semula ke Malaysia. Sejak itu hubungan antara ibu dan ayahnya terputus. Sejak mengetahui ayahnya seorang rakyat Korea, Mimi selalu berdoa agar suatu hari nanti dia dipertemukan semula dengan ayahnya walaupun dia tak tahu sama ada ayahnya masih hidup atau tak.
4_23-1024x576 (1)
Tapi aura kecil kuat mengatakan bahawa dia masih ada tapi saya takut nak simpan harapan, bimbang kecewa
Macam-macam cara Mimi lakukan untuk cari ayahnya tapi semua temui jalan buntu hinggalah akhirnya dia bertemu ayahnya di Facebook. Rupa-rupanya ayahnya juga dah lama mencari Mimi ni sejak dari 2011.
“Kami bertemu di Facebook kerana ayah masih cam gambar mak di FB saya pada akhir tahun 2012. Alhamdulillah. Rupanya ayah pun mencari saya jugak. Saya perasan di wall Facebook ayah, dia mula mencari saya pada tahun 2011.
Mungkin dia main taip nama saya kot, then jumpa gambar mak saya dan tagnama dia kat gambar saya dan mak. Mula-mula saya pun tak tahu itu ayah saya. Lepas stalk FB dia baru saya message dan tanya dia siapa? Kat situ la kami mula kenal semula”
Akhirnya pada 4 April 2016, Mimi terbang ke Korea untuk bertemu ayah dan abangnya di sana hinggalah visanya tamat pada Julai ni. Pasti terubat rindu pada ayahnya. Jelas Mimi lagi, ini adalah antara dia dan ayahnya. Tambahan pula ibunya sudah bahagia dengan suaminya.
Walaupun dah 20 tahun meninggalkan Malaysia, ayahnya masih seorang Muslim. Alhamdulilllah.
2_20
3_19
Sumber: The vocket Oleh: Aimi Nordin
loading...

0 Response to "Gadis Ini Ke Korea Cari Ayah Kandung, Namun Ini Yang Berlaku Sangat MENGEJUTKAN !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close