GEMPAR SETELAH KEBAKARAN DAPAT DI PADAMKAN..!!! PERGHH ANGOTA BOMBA INI DAPAT HABUAN TIDAK DI DUGA..TETAPI SETELAH 10 MINIT BERGEMBIRA TIBA-TIBA TOKEY TU...

loading...
Bomba jumpa RM30,000 selepas padam kebakaran


JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kedai ubat bernasib baik apabila wang tunai berjumlah lebih RM30,000 yang disimpan dibawah timbunan kertas tidak hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam  4.00 petang semalam.
Premis dua tingkat yang terletak di Taman Penggawa Barat, di sini hangus sepenuhnya, bagaimanapun wang tunai di simpan di bahagian ruang tamu di tingkat atas berjaya ditemui oleh Pegawai Bomba Hairul Mat Nin sebelum diserahkan kepada pemilik.
Menurut Hairul, lelaki berkenaan meminta bantuannya supaya mencari wang berkenaan ketika sedang memadam kebakaran.
“Mangsa memaklumkan dia menyimpan sejumlah wang tunai yang turut melibatkan mata wang Singapura ketika kami masih menjalankan operasi memadamkan kebakaran. Saya memintanya supaya bersabar dan menunggu sehingga operasi selesai.
“Ini kerana, walaupun api telah berjaya dipadamkan namun masih berlaku runtuhan di bahagian bumbung bangunan berkenaan. Selepas itu, anggota operasi terlibat turut sama membantu untuk mencari wang yang didakwa di simpan.
“Kami cuba sama-sama mencari mengikut berpandukan arah diberi pemiliknya. Agak susah untuk mencarinya memandangkan banyak barang disimpan. Akhirnya saya terjumpa wang berkenaan yang ditindih dalam timbunan kertas,”katanya.
Beliau berkata, wang berkenaan yang diikat menggunakan getah masih didalam keadaan baik walaupun premis berkenaan hangus sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan.
Hairul mengakui hampir 15 tahun bertugas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat, ia bukan kejadian pertama di terjumpa wang ketika operasi kebakaran namun kali ini melibatkan jumlah yang agak besar.
loading...

0 Response to "GEMPAR SETELAH KEBAKARAN DAPAT DI PADAMKAN..!!! PERGHH ANGOTA BOMBA INI DAPAT HABUAN TIDAK DI DUGA..TETAPI SETELAH 10 MINIT BERGEMBIRA TIBA-TIBA TOKEY TU..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close