loading...
Bertempat di Batu Maung, Pulau Pinang, berlakunya pembunuhan kejam ke atas empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut.
Difahamkan suspek berada di bawah pengaruh dadah meluru masuk ke dalam kawasan kilang ketika semua mangsa sedang tidur dan melepaskan 11 das tembakan ke arah mereka.
Mereka yang maut merupakan ibu kepada suspek berusia 55 tahun, adik lelakinya berusia 20 tahun dan anak buahnya (dua tahun).
Turut terbunuh seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata siasatan awal mendapat suspek mengamuk kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.
Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux yang juga milik pemilik kilang itu dengan nombor pendaftaran PLJ 7392.
Suspek dipercayai masih menyembunyikan diri di Pulau Pinang, usaha menjejaki suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis. - CARI
loading...
0 Response to "Pembunuhan Kejam Di Kilang Memproses Ayam,Batu Maung SUSPEK MASIH LAGI BERSEMBUNYI"
Post a Comment