RAMAI ORANG TIDAK PERCAYA ...!!! Punca kematian disyaki akibat mangsa terlibat perniagaan ‘money games’

loading...
Rabu lalu, kira-kira 2.45 petang, seorang Wanita berbangsa Cina berusia 32 tahun difahamkan merupakan seorang ejen hartanah, maut ditembak beberapa das tembakan dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama. kini disyaki punca kejadian adalah disebabkan pembabitan mangsa dalam perniagaan berunsur ‘Money Game’.
Menurut laporan Oriental Daily News, pihak polis dikatakan tidak menolak kejadian tembakan yang terjadi ada hubung kait dengan aktiviti ‘Money Game’ yang dijalankan oleh mangsa bersama suaminya.


Akan tetapi, suami kepada mangsa sejurus kemudian membuat penafian bahawa mereka pernah membabitkan diri dalam pelaburan yang berunsur ‘Money Game’ di Nanning, China, sebaliknya menyatakan isterinya iaitu si mangsa sebelum ini pernah membuat gabungan pelaburan dengan seorang lelaki berbangsa Cina dalam perniagaan jubin seramik, tetapi telah ditipu oleh lelaki Cina terbabit sejumlah wang berjuta ringgit.


Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh, suami kepada mangsa turut beritahu, isterinya sebelum ini pernah mengupah detektif swasta untuk mengesan lelaki Cina tersebut dan bersedia untuk menghantar orang mengambil balik duit mereka yang kena tipu, tanpa diduga telah dibunuh dengan kejam.


Tambahnya lagi, kini lelaki Cina itu tidak dapat dikesan, tetapi segala dokumen yang berkaitan dia telah pun serah kepada pihak polis dan diharapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya. – CARI
loading...

0 Response to "RAMAI ORANG TIDAK PERCAYA ...!!! Punca kematian disyaki akibat mangsa terlibat perniagaan ‘money games’ "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close