Sempat Bergambar Raya Sebelum Maut

loading...
Sempat Bergambar Raya Sebelum Maut
Seorang kakitangan hotel maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sendiri dan merempuh tiang elektrik, petang semalam. Mangsa sempat bergambar raya sebelum kejadian. Al-fatihah..

LANGKAWI - Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Jalan Kuah-Padang Matsirat, petang semalam, lapor Harian Metro
Dalam kejadian jam 6.05 petang itu, kakitangan hotel, Mohamad Nor Ikhwan Md Ikram, 23, maut di tempat kejadian. Manakala rakannya, Choo Chua Wei, 24, cedera di bahagian muka dan tangan. 
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Pantai Chenang ke Kuah sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tiang elektrik. 
"Rempuhan yang kuat mengakibatkan tiang elektrik patah dan kereta terbalik. Pemandu dilaporkan mati di tempat kejadian. Manakala rakannya mengalami luka di bahagian muka dan tangan. 
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat," katanya. - PIXEL MEDIA
loading...

0 Response to "Sempat Bergambar Raya Sebelum Maut"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close