Wanita Ini Terlalu BAIK Dengan Housemate. Ini Akibatnya Yang Buat Ramai SIMPATI !!!

loading...
Wanita Ini Terlalu BAIK Dengan Housemate. Ini Akibatnya Yang Buat Ramai SIMPATI !!!
Aku bersama 3 lagi rakan menyewa rumah yg berdekatan dgn tempat kerja kami. Sebab rakan2 lain asyik mengadu x cukup duit, aku pun bawa la kereta ayah dari kampung utk digunakan. Banyak perkara terjadi dan klimaksnya adalah satu hari aku ternampak housemate aku punye.........


Wanita Ini Terlalu BAIK Dengan Housemate. Ini Akibatnya Yang Buat Ramai SIMPATI !!! | Kisahnya macam ini. Kami 4 sekawan decide untuk duduk serumah yg tak jauh dari office. Rumah tu mmg dekat dgn office, kalau jalan kaki dalam 10 minit kalau drive 2 minit dah sampai kalau tak jem. Sebelum ni aku hidup mmg bergantung dgn public transport. Then, sebelum puasa sorang member aku ni persuade aku untuk bawak kereta. Dekat rumah aku mmg ade 1 kereta yg ayah beli untuk anak2 pakai and at that time adik beradik aku semua dah ada kereta sendiri.
Member aku ni ade jugak kerata sendiri dekat rumah tapi alasan dia tanak bawak kereta tu sebab, cost minyak, tol, parking, and maintainance. Masa dia bagi alasan tu geram gak la bajet kalau bawak kereta aku takde cost2 mcm tu je kan. Then ayah aku mmg tak kisah aku bwk kereta tu sebab untuk kemudahan aku sendiri la kan. Ktorang pun dah decide nak share semua costing minyak tol parking. Aku pun bawak la kereta tu dari kampung ke keyel.
Oke lepas tu kami pun pindah la rumah sewa. Lepas bayar deposit rumah mmg masing2 agak kering la tapi bagi aku mmg cukup sgt nak survive sampai next month. Then, member aku yg persuade aku untuk bawak kereta tu dah bising2 cakap dia dah takde duit bla3. Hari2 dia cakap benda yg sama sampai aku jadi kesian. Office ktorang pulak mmg parking dbkl yg kena bayar sejam 50sen. Hari2 dtg kerja mmg 90% duit parking aku bayar sorang. Housemate lagi 2 orang tu pun adela menyumbang sikit2 tapi member yg persuade aku tu pada mulanya sikit pun tak pernah bagi. Ada sekali tu mmg masing2 takde syiling so aku pun tanya la dia, ada syiling tak. Dia laju je geleng sambil cakap takde2 aku mmg takde syiling.
Then know what, masa lunch kitorang pergi makan dia punya total aku tak ingat berapa tapi adela berapa ringgit and 70/80 sen mcm tu. Know what, dengan complete dia bawak syiling keluar dari dompet cukup. Aku siap intai dalam dompet dia berlambak syiling. Aku paham member aku sorang ni mmg jenis kedekut tapi pergi kerja tu bukan aku sorang and selama ni aku tak kisah bayar parking. Apa salahnya sekali-sekala membantu kan? Ada sekali, sebab tak cukup syiling aku tak bayar parking dan kebetulan pakcik dbkl rajin nak menyaman. Aku bayar saman tu sorang2 rm30. Aku fikir kesian dorang takde duit tu.
Bukan tu je, then weekend tu kitorang keluar tgk wayang. Dia yg beriya ajak actually. Tol mmg aku la bayar dgn alasan dia takde touch n go. Masa nak balik dalam dompet aku mmg cash ada rm5 je. Aku saja tanak withdraw banyak time tu sebab asyik aku je yg nak kena bayar kan. Masa tu masuk card parking total kena bayar rm12. Aku tanya la dia ada rm10 tak sebab aku mmg ada rm5 je. Then dia ckp dia tanak kasi rm10 dia sebab nanti machine tu pulangkan baki duit syiling. Mmg mati2 dia tanak kasi duit dia. Then geram sgt aku cakap, kasi jela rm10 tu nanti aku pulangkan balik rm10. Syiling tu aku buat bayar parking office. Lepastu baru dia kasi.
Lastly, pasal minyak. Sebab aku paham masing2 dah banyak keluar duit untuk deposit so aku bayar lebih sikit. Kereta tu fulltank rm60 aku just mintak rm10 sorang. Dalam hati mmg aku niatkan sedekah je. Aku datang dari family yg agak senang and mak ayah jugak aku perasan suka bersedekah. So dari situ aku cuba ikhlaskan hati and contohi parents aku. Sampai la hujung bulan sebelum cuti raya. Dorang semua nak shopping raya. Masa tu balance dalam account aku ada dlm 100 lebih je. Aku tak berani nk shopping takut ada emergency. So mereka bertiga pun pergi la shopping, tinggalkan aku sengsorang dekat rumah.
Balik2 je, know what memasing habis shopping rm300-400. Memasing pulak time tu ada balance banyak lagi dlm account. Member yg persuade aku suruh bawak kereta tu, yg selalu cakap takde duit tu, dlm account ada balance 200++ lepas habis shopping 300++. Mana aku tahu? Sebab masa dia transfer duit guna online banking aku jeling tengok balance dia.
Conclusionnya, please jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Aku tak cakap aku baik, tapi aku tolerate sebab aku paham condition masing2. Even family aku agak senang, sejak aku kerja aku dah tak mintak duit poket dari mak ayah. Secondly, kadang2 kita kena jadi berkira. Member aku yg sorang ni selalu bunyi cakap takde duit sampai aku jadi kesian padahal balance dalam account dia 2, 3 kali ganda lagi banyak dari aku.
Member aku lagi 2 orang tu tak pernah cakap pape tapi kalau aku tak mintak duit pape dorang not willing to give me any penny. Mana janji palsumu dulu mahu hidup susah senang bersama. Lepas dari kejadian tu aku terpaksa jadi agak tegas dan berkira. Even nak top up minyak rm10 pun aku akan mintak rm2.50 sorang. 50 sen wajib bayar. Sekian. – MS via IIUM.
loading...

0 Response to "Wanita Ini Terlalu BAIK Dengan Housemate. Ini Akibatnya Yang Buat Ramai SIMPATI !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close