loading...
Lelaki Ini SEDIH Bila Tunang Susah Senang Akhirnya Kahwin Dengan ORANG LAIN !!!
Patutlah dia putuskan pertunangan dan cari kesalahan aku, rupanya dia ada orang lain. Sepatutnya hari ni hari nikah aku tapi orang lain dapat. Aku nekad hari ni aku akan......
VIRAL Tunang Kahwin Lain. Ini REPLY PEDAS Kuza Terhadap Azizi Yang Buat Ramai TERPANA !!!
Semalam viral kisah lelaki meroyan apabila tunang yang sgt dicintainya telah kahwin dengan orang lain. Ekoran serangan bertubi-tubi oleh netizen, akhirnya Kuza tampil cerita pulak. Dia mengatakan yang sebenarnya lelaki tu adalah.......
Lelaki Ini SEDIH Bila Tunang Susah Senang Akhirnya Kahwin Dengan ORANG LAIN !!! | Empat bulan bertunang, lagi sebulan nak melangsungkan pernikahan iaitu raya puasa ketiga tetapi semua hancur. Dengan aku Kuza minta macam-macam. Pelamin itu ini, hantaran RM 10,000, gelang emas RM 2,500, daging, semua aku yang tanggung, tetapi semuanya hancur.
Terima kasih wahai cintaku. Semoga dikau bahagia atas penderitaanku. Walau dengan siapa pun Kuza, aku ingin lihat dikau bahagia. Selamat pengantin baru.
Aku bukan nak mengaibkan orang..Tapi aku nak berkongsi dugaan aku yang berliku dan pengorbanan aku selama ni..Yang terasa tu aku minta maaf. Aku minta maaf jika aku gunakan medium ini untuk meluahkan perasaan. Sebelum itu selamat hari raya Aidilfitri. Aku reda jika dah tertulis setakat itu sahaja. Bukan niat aku nak mengaibkan, diharap apa yang aku nak tulis dapat dijadikan iktibar buat diri aku sendiri dan orang lain.
Orang kalau dah tak suka kita, dia akan terus, terus, terus, mencari salah kita. Berbeza dengan orang yang nak berkawan dengan kita, suka kita, dia akan terima seadanya. Jangan tahu mencari salah orang sedangkan dia juga pernah buat kebaikan, siap menjaga, bukan setakat itu saja, siap pelihara bagi makan minum,dan keperluan.
Ini kisah duit RM 18 ribu.
Sayang sepatutnya cakap molek/baik-baik pada keluarga sayang, cakap terus terang supaya tidak ada salah faham. Bukankah saya dah berpuluh kali cakap pada sayang duit 18 ribu ini, 10 ribu darinya ialah hantaran, RM 2,200 gelang emas, dari awal sampai akhir saya terangkan. Dah saya tak cukup duit lagi, batal kahwin.
Tetapi batallah kahwin selepas puasa ini, kita buat raya cina, lagipun sayang hanya urus ‘sisa’ dan kad jemputan. Yang lain saya dah uruskan: pelamin, khemah, daging, ayam. Itu pun sayang hanya tunggu hari kejadian saja pergi ambil, semua saya dah tempah. Lagipun saya batal, bukannya Kuza beritahu orang lagi, kan? Kita buatlah pada raya cina. Dah duit tak cukup RM 18 ribu. Sayang nak gelang besar sebab sayang tak nak keluarga sayang mengata sayang seperti cincin tunang kecil. Kemudian Kuza cakap pada saya, semua kakak hantaran 7,8 ribu, Kuza ada diploma mesti mahal sikit. Sayang nak 10 ribu, bukan?
Ini tidak! Sayang cakap pada keluarga sayang, saya mengungkit duit RM 18 ribu.Kenapa??. Keluarga sayang jadi salah faham..
Kemudian kakak Long tegur saya:
Kemudian kakak Long tegur saya:
**bo duk mengungkit 18k, tak padan pada 18k tu nak bangkit mengungkit…Cukupkah ngn 18k kau ragut dr umur dia brapa lg…Maruah keluarga kami masa dia lari ikut gh dlu….Jangan ingat kami diam dan boleh gg sewenang-wenangnya nak buat Kuza malu….Kuza masih ada kakak dan abang-abang….Kuza selamnya ni..****
Terkejut saya Kak Long cakap begitu. Saya tak tahulah sayang cakap apa pada kakak Long tu. Selepas itu saya terangkan pada kakak Long satu persatu yang kakak Long ni salah faham. Bukan saya mengungkit duit RM 18 ribu ni. Duit 18k ni untuk perkahwinan.
Ini cerita RM 18 ribu yang sebenar Long. Saya mengungkit RM 18k Long?Bukan mengungkit Long. Saya bincang dengan Kuza pasal tunda kahwin. Batal kahwin, tak jadi buat lepas puasa, buat masa raya cina.
Saya beritahu pada Kuza, RM 18 ribu tu tak cukup duit lagi. Saya baru saja kerja tak sampai pun setahun lagi. Jadi masalah saya tak boleh nak simpan RM 18 ribu dalam masa 5-6 bulan dari bulan 2 hingga bulan 7 ni. Bulan 7 tu kahwin dah.
Yang saya dapat simpan hnya 10 ribu saja dalam masa bulan 2 sehingga bulan 6 ni. Hanya 10 ribu, cukup-cukup duit hantaran Kuza 10 ribu, lagi lapan ribu tu tak cukup. Jadi saya bincang dengan Kuza supaya faham keadaan saya, minta tunda buat raya cina. Kuza minta 10 ribu duit hantaran, RM 2,200 gelang emas Kuza minta, kemudian lagi saya kena tanggung kenduri rumah Long, bajet 3-4ribu buat makan rumah Along tu. Semua ‘atah pau’ Kuza, saya tanggung Long. Semua barang saya tanggung. Kemudian ‘atah pau’ saya lagi.
Long faham tak keadaan saya? Buat makan rumah saya 2 ribu saja tu pon buat laksa. Kuza mengadu pada saya adik-adik Long tak boleh nak taja sikit pun. Saya faham tu, Along jumlahkan sendiri 10 ribu hantaran, emas 2200,3 ribu makan rumah Long, atas pau Kuza 1000, atas pau saya 1000, buat makan rumah saya 2 ribu. Total semua sekali 20 ribu anggaran kasar Long.
Sebab tu saya minta tunda, duit tak cukup.
Dah jelas tu.
Saya tak cakap walaupun sepatah pun Kuza miskin, sesak selama sembilan tahun hubungan terjalin. Saya tak pernah cakap kat Kuza selama sembilan tahun kami bercinta.Tapi saya faham keadaan Kuza. Saya cuba bantu Kuza walaupun saya ini bukan orang senang. RM 18 ribu tu semua duit saya. Bukannya duit keluarga saya tapi duit titik peluh saya sendiri. Bagi saya biarlah duit boleh cari tapi saya tak nak kehilangan Kuza. Sebab tu saya usaha cari duit, kumpul duit untuk kahwin sampai makan pun berjimat semata-mata untuk kebahagiaan kita Kuza.
Aku bukan tabur duit pada Kuza! Jangan kata ikut sedap la.
Inilah kata-kata kakak Kuza.
Sembilan tahun. Selama ni aku diam saja apa-apa yang keluarga dia kata.
Tapi sekarang aku perjelaskan supaya mereka tidak salah sangka terhadap aku. Aku bagi telefon mengikut kehendaknya kerana aku sayang Kuza.
Aku bagi duit sebab Kuza tiada duit nak buat makan masa belajar di Unisza.
Dari Kuza sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5, aku tanggung dia walaupun sedikit, itupun alat tulis/buku/telefon.
Kuza minta duit nak beli peralatan sekolah,tapi abahnya tak bagi, dan kadang-kadang bagi duit. Kalau duit abah Kuza bagi tidak mencukupi, Kuza minta dengan aku.
Kuza minta duit nak beli peralatan sekolah,tapi abahnya tak bagi, dan kadang-kadang bagi duit. Kalau duit abah Kuza bagi tidak mencukupi, Kuza minta dengan aku.
Aku bagi duit kerana Kuza tiada duit untuk beli peralatan sekolah dan sebab aku sayang dia.
Telefon Kuza guna semasa tingkatan empat Nokia model 1200 RM 100++ screen kuning, tukar model 1208 RM 100++ yang ada warna, dan telefon N99.
Semasa dia di tingkatan lima, aku juga tanggung Kuza.
Kuza guna telefon N77, dan tukar telefon mode HKV RM 700++. Telefon HKV ini telah hancur/dirosakkan oleh abang dan kakaknya (Ise & Yana). Kemudian Kuza guna telefon Nokia model 1200.
Semasa Kuza menanti/menunggu keputusan SPM, dia minta aku beli telefon kamera yang cantik. Kalau aku tak beli, mesti gaduh-gaduh. Mesej pun kadang-kadang.
Selepas dia dapat diploma, selama dalam tiga tahun dia belajar, dia nak telefon yang boleh ambil gambar, nanti nak ambil gambar di universiti. Aku beli telefon Sony RM 500++. Bagi pada Kuza, Note 2, tukar Note 3.
Setiap minggu atau bulan, sekali dia balik berjumpa keluarganya. Kuza balik kampung pasir mas dan setiap kali nak kembali belajar di Unisza, abahnya hanya bagi duit RM 50@100 sahaja, Kuza minta dengan adik beradik dia, RM 50 puluh pun tak bagi/berkira.
Tiga tahun Kuza diploma 6 ribu duit aku habis untuk Kuza.
Tiga tahun Kuza diploma 6 ribu duit aku habis untuk Kuza.
Cuba fikir. Kamu semua fikir/keluarga kamu semua fikirlah RM 50/100 cukupkah untuk satu bulan untuk Kuza makan? Tambang bas RM 18, baki? Makan?
Lepas tu Kuza mengadu dekat aku, abah bagi 50/100. Tiada duit nak makan, barang-barang, print.
Kemudan adik-beradik Kuza nak bagi RM 50/100 pun berkira.
Duit setiap bulan aku masukkan dalam akaun Bank Islam Kuza untuk buat makan. Sebanyak RM 200-RM 500 setiap bulan campur sekali duit beli alat-alat belajar. Selama tiga tahun itu aku hanya sekali saja masuk RM 50 itu pun sebab aku tak ada duit.
Tu duit nak makan,kemudian duit dinner? Semester 6 duit yuran, duit tanggung dia praktikal, rumah sewa Unisza, rumah sewa ira, rumah sewa nurul, semua aku tanggung. Duit ptptn dia tak cukup buat makan masa di Unisza.
Setiap kali aku cuti semester, setiap minggu aku jumpa dia di Unisza, pergi ambil balik kampung dan hantar Unisza, tiga jam pergi dan tiga jam balik: enam jam.
Aku pergi tidak kira waktu: siang, malam, pagi atau subuh dengan menaiki motor atau kereta, motor Wave 125 atau kereta Wira.
Apabila Kuza sudah kerja dia tinggal dengan kakak ipar dan abangnya. Setiap bulan Kuza beli lauk dan memasak. Apabila Kuza di penghujung bulan, dia tiada duit. Kuza mengadu, dan aku bagi duit untuk buat makan, kadang-kadang aku bagi duit buat bayar rumah sewa kakaknya, sama ada rumah kakak Ira atau kakak Nurulnya.
Apabila Kuza sudah kerja dia tinggal dengan kakak ipar dan abangnya. Setiap bulan Kuza beli lauk dan memasak. Apabila Kuza di penghujung bulan, dia tiada duit. Kuza mengadu, dan aku bagi duit untuk buat makan, kadang-kadang aku bagi duit buat bayar rumah sewa kakaknya, sama ada rumah kakak Ira atau kakak Nurulnya.
Dalam pertunangan, aku juga tanggung separuh ‘atah pau’ / dulang, sewa kain pelamin, setiap yang aku beri aku tak pernah ungkit, aku hanya diam, cukuplah tengok dia gembira..
Untuk melangsungkan perkahwinan pada raya puasa ketiga, aku juga yang tanggung seorang semua duit hantaran RM 10 ribu, gelang emas RM 2500, pelamin RM 2000, daging RM 2000, ayam RM 300, makan kenduri rumah Kuza RM 3-4 ribu.
Kemudian rumah aku lagi perlu jua aku tanggung.
Aku hanya dapat simpan duit dalam masa lima bulan RM 10 ribu untuk hantaran, lagi tak cukup RM 8 ribu untuk buat kenduri di rumah Kuza.
Aku baru kerja tak sampai pun setahun, mana nak cari RM 18 ribu? Melainkan aku ni kerja 3/4 tahun sudah. Jadi aku minta tunda buat raya cina.
Walaupun aku aku gaduh teruk /marah/atau apa-apa pun, setiap pemberian aku, sama ada duit, pakaian, keperluan, semua tu aku tak pernah minta balasan. Semua itu aku tak pernah ungkit walaupun satu sen. Aku hanya diam, sembilan tahun susah senang aku tetap bersamanya.
Walaupun berjuta kali buat kebaikan kerana sebab satu kesalahan semua kebaikan dilupakan dan pengorbanan tidak dihargai lagi.
Kuza terlalu terlalu cemburu, aku faham niat disebaliknya mencari kesalahan aku untuk putuskan hubungan ini. Supaya dia dapat kahwin dengan orang lain.
Kuza terlalu terlalu cemburu, aku faham niat disebaliknya mencari kesalahan aku untuk putuskan hubungan ini. Supaya dia dapat kahwin dengan orang lain.
Aku berkali-kali memujuk rayu.
Orang kalau dah tak suka kita, dia akan terus, terus, terus, mencari salah kita. Berbeza dengan orang yang nak berkawan dengan kita, suka kita. Dia akan terima seadanya. Jangan tahu mencari salah orang sedangkan dia juga pernah buat kebaikan, siap menjaga, bukan setakat itu saja, siap pelihara bagi makan minum dan keperluan. Itulah pengorbanan. KREDIT FB AZIZI via amazingnara.com
loading...
0 Response to "Tunang Kahwin Lain. Ini REPLY PEDAS Kuza Terhadap Azizi Yang Buat Ramai TERPANA !!!"
Post a Comment