loading...
KUCHING - Keceluparan seorang wanita yang berasal dari Johor mengenai tiada makanan sedap di Sarawak, mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak. Status yang dimuat naik pada 22 Jun ini mula viral di media sosial dan dikecam netizen yang rata-rata menganggap wanita terbabit biadab.
"Winduu nak makan makanan di JB dan KL! Kat sini, Sarawak, takde makanan yang sedap. Semua masak tak sedap. Diorang memang masak style diorang saja. Memang tak masuk tekak orang Semenanjung.
"Sebab itu husband sanggup tak nak makan di luar kecuali di Seoul Garden saja yang boleh layan.Menangis wei kalau duduk di sini lama-lama. Apa yang kita di Semenanjung makan, tak ada di sini.
"Nak cari daun ketumbar, daun limau purut pun sampai sekarang tak jumpa-jumpa nak buat tom yam. Sampai terfikir diorang ni masak tom yam guna apa eh? Cepat-cepatlah wahai husband tukar ke semenanjung!!" katanya disusuli emoticon gelak ketawa.
Ekoran viralnya status itu, netizen 'menyerang' Facebook wanita berkenaan. Enggan berdiam diri dan membiarkan dirinya dihina, Dania tampil mempertahankan diri dan memberikan penjelasan terhadap status kontroversi yang dimuat naik itu.
"Tak faham dengan sesetengah negeri ini berkauman sampai penuh PM Facebook saya dengan maki hamun. Sikit pun saya tak hairan kalau kau nak viralkan status tentang makanan di kedai-kedai Sarawak yang tidak sedap. Salah ke saya bagi pendapat?
"Kalau kau tak boleh terima, jangan duduk di Malaysia la wei! I bukan jenis manusia yang hipokrit nak cakap makanan di Sarawak semuanya sedap-sedap. Yang sedap nak cakap tak sedap. Hak masing-masing untuk bagi pendapat! Bukan I cakap I makan di rumah orang Sarawak semua tak sedap. I cakap makan di luar semua tak sedap. Kau ada faham atau kau tak faham Bahasa Malaysia?
"I pun ada juga kawan-kawan orang Sarawak tapi tak ada pula perkauman seperti ini. Tak ada pula I cakap diorang masak tak sedap! Pelik! Even I makan di JB pun kalau tak sedap, I cakap tak sedap!Tolong terima kenyataan wei! I tak jumpa lagi kedai yang makanannya sedap di Sarawak ini. So?
"Dah kau ingat semua orang Semenanjung tahulah daun limau purut itu semua ada jual di pasar saja. Sebab I pergi semua market tak ada jual. Berbeza di Semenanjung kau pergila market mana-mana pun semua ada. Mak dengan bapak saja tak ada di situ. Kau nak viralkan satu Sarawak kau punya pasallah nak melalak ke apa.
"Hello! Tolong buang fikiran kolot itu ye! Ini dah 2016 wei! Kalau kau tak boleh terima pandangan orang, kau duduk dalam hutan saja! Seumpama kau buka kedai makan, orang complaint kau masak tak sedap, kau nak maki hamun pelanggan kau? Kau ghase?? Nak negeri kau maju, tolong positif!
"Kami orang Johor relax saja satu Malaysia kutuk negeri kami dan TMJ. Negeri kami tetap maju saja!" katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan telah menyahaktifkan akaun Facebooknya sementara setelah menerima banyak kecaman dari rakyat Sarawak. Satu laporan polis akan dibuat terhadap Dania Natasya kerana tindakannya menghina Sarawak dan melibatkan nama kerabat diraja Johor.
loading...
0 Response to ""Sarawak Takde Makanan Sedap, Menangis Duduk Lama Di Sini""
Post a Comment