loading...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 32 tahun dan bekerja sebagai ejen hartanah bersama lima orang anak berusia dua hingga 13 tahun dan orang gajinya makan di sebuah restoran berdekatan.
Katanya, kemudiannya mangsa dan keluarganya dipercayai baru memulakan perjalanan ke Pulau Pinang untuk bercuti dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellvire.
Beliau berkata, dengan tiba-tiba seorang lelaki bermotosikal menembak mati mangsa dari jarak dekat, manakala anaknya yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan turut terkena satu das termbakan.
"Siasatan awal mendapati suspek melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya terkena di sisi kanan kepala mangsa, manakala satu lagi terkena anak mangsa.
"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan, " katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, ada saksi yang mendakwa melihat suspek berlegar-legar di kawasan itu lebih awal sebelum kejadian.
"Setakat ini kami belum dapat memastikan motif kejadian dan akan melihat rakaman kamera litar tertutup (cctv) di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan, " katanya.

Sumber: siakapkeli
loading...
0 Response to "Ini cerita sebenar wanita 32 tahun ditembak mati kira-kira jam 2.28 petang tadi di Taman OUG, Jalan Klang Lama"
Post a Comment