Promote Produk Cara Mati Akal Nahas Maruah Diburu Netizen.

loading...
KUALA LUMPUR – Video viral yang menunjukkan seorang wanita berusia lingkungan lewat 40’an sanggup ‘memalukan’ dirinya dengan mempromosikan produk Jus Khazanah dengan cara yang kononnya ‘boleh bikin viral’.

Terdapat penggunaan ayat-ayat yang tidak bersesuaian diungkapkan dalam iklan tersebut seperti ‘nak beromen pun takde mood, tak ghairah”, “Wow, nasi lemak RM10!”, “3 round”.

Apakah ini caranya untuk menjual produk kecantikan di pasaran pada hari ini?
Video yang dimuat naik oleh laman Kaki Share itu cetus pelbagai reaksi netizen.
“Dulu dia ni okay. Selepas minum jus itu, terus hilang maruah. Tak tahu malu,” kata Att Penang.

“Aku tengok dia bercakap tersemput-semput. Macam tak yakin pula aku nak percaya betul ke dia boleh 3 round? Heh! Marketing sangat,” kata Sherycia Chieya.

“Orang Malaysia punya marketing produk kecantikan, macam dah tak ada maruah. Dia punya produk semua boleh lawan kuasa tuhan. Itulah produk kecantikan Malaysia,” kata Ain Nain.

Sungguhpun mahu mempromosikan produk, buatlah dengan cara yang bijak dan bersopan. Dengan cara ‘kotor’ seperti ini tidak akan membuatkan orang membeli produk itu, malah dikeji lagi ada. – PIXEL MEDIA


loading...

0 Response to "Promote Produk Cara Mati Akal Nahas Maruah Diburu Netizen."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close