Raya 2016. Ibu Bapa Meninggal Dunia. Kakak2 Dan Abang2 Tinggalkan Aku Keseorangan…..

loading...
Raya 2016. Ibu Bapa Meninggal Dunia. Kakak2 Dan Abang2 Tinggalkan Aku Keseorangan….. | 2008, tahun terakhir sy betul2 menyambut raya. Sy yg ketika itu berusia 10tahun, sdg bermain bunga api di luar rumah brsama abg sy yg ktika itu brusia 17 tahun. Kakak sulung saya & ibu sy sdg memasak di dapur. Kakak kedua sy & abg ketiga sy sdg mengemas rumah. manakala ayah sy sdg di masjid pada malam raya. 1 Syawal, kami adik beradik bising berebut bilik air, beratur utk iron baju & sama2 jalan kaki utk solat raya. Bermaaf-maafan, posing sana, posing sini. riuh rendah sekali Aidilfitri kami masa itu.
1
Sampailah, Ogos 2009, ayah saya kembali ke RahmatuAllah akibat dilanggar oleh Mat Rempit semasa ayah saya dlm perjalanan ke Masjid.
Tahun tu, Aidilfitri kami, disambut sederhana.
2010, kedua2 kakak saya berkahwin.
Aidilfitri 2010, hanya ada sy, abg2 sy dan mak sy dirumah. Sy mula mngambil alih tugas2 kakak2 sy di usia 12 tahun.
2011, abg2 sy berkahwin.
Aidilfitri 2011, hanya ada sy&ibu sy. Kakak2 abg2 sy beraya di rumah mentua masing2 kerana di sana lebih meriah & mmrlukan bnyk tenaga kerja.
Malam raya kami brdua, kosong. Hanya kendengaran sayup2 takbir raya. Ibu sy hanya masak rendang, utk ceriakan hati sy katanya. Pagi raya kami brdua hanya solat raya dan mnziarahi sanak saudara. Tapi sy msih brsyukur masih ada ibu sy utk menemani sy mnymbut lebaran utk Aidilfitri 2011,2012,&2013.
Ramadhan 2014, Al-fatihah buat ibu sy.
Pergi.
Berpindah ke alam lain.
Jiwa sy kosong, hati sy kosong. Rasanya bagai hnya ada udara dlm badan sy.
Aidilfitri 2014, sy yg ketika itu brusia 16 tahun hanya mnyambut malam raya dgn tangisan.
Bukak fb, potret raya keluarga. scroll ke bawah, masih lagi dgn potret raya keluarga. Harapnya itu keluarga saya, namun tidak. Tak mungkin sy mmpu untuk meng’upload’ potret raya keluarga saya. kerana pastinya, hanya ada sy di situ. Panggilan telefon dari kakak2 & abg2 sy yg sdg beraya jauh dari rumah sy, sy abaikan. Harapnya itu panggilan dri ibu& ayah sy, supaya sy dpt mngadu tentang kakak2 & abg2 sy yg tinggalkan sy, supaya sy dpt mengadu tntg sunyinya rumah ni tnpa mereka brdua, supaya sy dpt memujuk mereka utk kembali brsama sy & supaya mereka tahu rindunya sy kepada mereka. namun harapan tinggal harapan.
Aidilfitri 2015, juga sama, hanya ada hidangan air mata buat sy.
Aidilfitri 2016, sekarang sy seorang pelajar ipta. Bila semua roommates sy mula packing baju utk balik, sy rasa kosong. sy trpksa balik juga.
smpai je di rumah, ksunyian rumah itu smpai membingit telinga saya. tiada apa2 yg berubah. masih tiada ibu ayah sy yg berada di pintu utk mnyambut sy. masih tiada kakak2 sy yg akan hiaskan diri sy, masih tiada abg2 sy yg akan mengajak sy bermain bunga api. hanya sebuah rumah besar yg kosong. sekosong jiwa sy.
macam biasa, facebook&instagram menemani sy. dpt lihat yg lain beraya dgn kluarga msing2 pun dh menggembirakan sy. dgn gmbr2 itu, sy dpt bygkan kalau semua kluarga sy brkumpul. pasti meriah. pasti bnyk crita yg didengar. sy bru berusia 18 tahun, sy tktahu, mmpukah sy utk mlalui alam dewasa bersendirian. indahnya kalau sy dpt mmbasuh pinggan yg brtambun di dlm sinki pda hri raya, kerana itu brmakna, msih ada yg sggup beraya dgn sy. Hargailah masa awak2 semua dpt peluang basuh pinggan di hari raya, dpt peluang kerja keras di hari raya, kerana siapa tahu, awk jdi macam sy. hari raya hnyalah solat raya. selebihnya hanya di kubur, dan air mata.
loading...

0 Response to "Raya 2016. Ibu Bapa Meninggal Dunia. Kakak2 Dan Abang2 Tinggalkan Aku Keseorangan….."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close