loading...
PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad tidak melihat isterinya, Elena Hani berminat untuk menguruskan kerjaya seninya selepas meninggalkan tugas sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai pada Februari lalu.
Fahrin, 37, berkata, dia lebih selesa menguruskan karier seninya tanpa bantuan orang lain kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.
"Saya tidak nampak bayangan isteri berminat untuk uruskan kerjaya saya memandangkan ia melibatkan banyak perkara seperti penjadualan dan dia masih belum memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti.
"Saya pula sejak dahulu lagi memang tidak pernah ada pengurus atau pembantu kerana selesa melakukan semuanya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Fahrin, sejak berkahwin dengan Elena dia banyak merujuk projek lakonan atau sebagai duta produk kepada isterinya terlebih dahulu untuk meminta pandangan.
"Dia bukan sahaja isteri tetapi juga sahabat saya. Walaupun dia tidak menguruskan karier saya tetapi saya tetap ambil pandangan daripadanya sebelum membuat keputusan," jelasnya.
Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama pada Oktober depan.
Dalam pada itu, Fahrin berkata, tempoh berjauhan yang dilalui mereka berdua sebelum ini banyak mengajar tentang kepentingan komunikasi di antara suami-isteri.
Malah katanya, tabiat menghubungi isterinya secara kerap telah menjadi amalan biasa bagi memaklumkan tentang perkembangan diri masing-masing atau pun sekadar berbual kosong.
"Saya jarang berada di rumah kerana sibuk di lokasi yang kadang-kadang memakan masa lama tetapi Alhamdulillah dia faham kerjaya saya.
"Tabiat kami yang sering telefon dan hantar mesej sebelum ini juga banyak membantu kerana walaupun sudah tidak lagi berjauhan tetapi kami masih kerap berhubung untuk memberitahu keadaan diri atau pun sekadar berbual kosong," katanya.
Sementara itu, Fahrin berkata, dia pernah berasa bimbang isterinya akan bosan duduk di rumah kerana sudah terbiasa menjelajah ke seluruh dunia ketiga bergelar pramugari.
Bagaimanapun katanya, Elena cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya tambahan pula kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.
"Alhamdulillah dia cepat sesuaikan diri dan selepas ini jika dia ingin kembali bekerja pun saya tidak menghalang.
"Dia juga ada beritahu bercadang ingin memulakan perniagaan yang membolehkannya bekerja dari rumah sahaja," katanya.
loading...
0 Response to "SETELAH BERKAHWIN FAHRIN AHMAD DAPAT TAHU,,,!!!! SEBENARNYA ISTERINYA TIDAK MAHU MELAKUKAN,,,,,"
Post a Comment