(Video) 'Batman Rusia' Isytihar Perang Terhadap Penjenayah di Moskow, Gelar Dirinya 'Reaper'

loading...
Setakat ini, lelaki bertopeng itu mendakwa telah berjaya menangkap 40 penjenayah.



Lebih kurang sebulan yang lalu, seorang lelaki di Rusia yang memakai kostum seperti Batman telah mengisytiharkan perang terhadap pengedar dadah yang menjalankan bisnes di Khimki. Setakat ini, lelaki terbabit mendakwa dia telah berjaya menangkap lebih kurang 40 penjenayah.
Semuanya bermula pada awal Jun lalu, apabila seorang pemandu teksi ternampak seorang lelaki yang berpakaian Batman memasuki sebuah bangunan - yang kemudian disahkan sebagai tempat penyimpanan dadah - pada tengah malam.
Pemandu teksi itu memberitahu polis dia kemudian terdengar bunyi jeritan manusia dan bunyi sesuatu dicampak dari dalam.
Lelaki misteri itu kemudian keluar dari bangunan itu, melemparkan sesuatu seperti bom api di atas tanah dan menghilangkan diri dalam kegelapan.
Beberapa minit kemudian, pasukan polis tiba di tempat kejadian, memasuki bangunan itu dan keluar bersama dua lelaki yang digari. Pemandu teksi itu, yang dikenali sebagai Slava, berkata lelaki-lelaki itu dipukul dengan agak teruk.
Media tempatan Rusia, Moskovsky Komsomolets, kemudian memulakan siasatan jurnalistik dan baru-baru ini mendedahkan mereka telah mendapat surat yang dihantar oleh lelaki bertopeng itu kepada polis di Khimki.
Menerusi surat tersebut, lelaki bertopeng itu menggelarkan dirinya sebagai "Reaper - Humanity first hero".
Reaper, menerusi surat itu berkata dia telah mengisytiharkan perang persendirian terhadap penjenayah-penjenayah tempatan dan pengedar dadah. Selain itu dia juga turut meminta polis untuk membantunya 'membuang kejahatan' dengan memberikan beliau tip di media sosial.
"Kamu tidak mengenali saya, dan tak mungkin kamu pernah mendengar tentang saya. Saya panggil diri saya sebagai Reaper, dan sejak enam bulan yang lalu saya telah berusaha dengan penyakit yang telah lama melanda masyarakat kita - jenayah. Saya melawan pengedar dadah, perogol dan gangster.
"Saya tidak membunuh atau mencacatkan, dan saya bukannya melawan pihak polis atau pihak berkuasa, tetapi saya membuang kejahatan yang tidak dapat 'dicapai' oleh polis dan pihak berkuasa. Tangan mereka diikat dan mereka telah menjadi mangsa atas jenayah sendiri. Saya tidak mencari kemegahan dan saya tidak mencari sekutu ataupun peniru. Saya cuma meminta bantuan informasi.
Surat itu juga memberitahu supaya maklumat tentang jenayah disampaikan menerusi akaun Twitter @JnecReaper.
Di dalam surat yang dihantar kepada polis itu juga, lelaki bertopeng itu berkata dia telah berjaya menangkap lebih 40 penjenayah tempatan dan merosakkan beberapa makmal dadah. Di laman Twitternya, dia ada menulis : "Ini hanya permulaan". - Siakapkeli.my
loading...

0 Response to "(Video) 'Batman Rusia' Isytihar Perang Terhadap Penjenayah di Moskow, Gelar Dirinya 'Reaper'"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close