ALFATIHAH..!!! PERGINYA SEORANG ISTERI TERSAYANG DATUK..Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia

loading...
Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH Datin Hashimah Aksan.
KUALA LUMPUR: Isteri pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Aksan, 64, meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.
Ia disahkan oleh Jalaluddin ketika dihubungi oleh BH Online, sebentar tadi.
"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan (kiri) bersama jenazah isterinya, Allahyarhamah Datin Hashimah Aksan yang meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). - Foto NSTP/Owee Ah Chun
"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi.
"Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan cahaya mata dan 14 cucu.
loading...

0 Response to "ALFATIHAH..!!! PERGINYA SEORANG ISTERI TERSAYANG DATUK..Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close