Monday, 14 November 2016

[TERKINI ] Bomoh penggal kepala budak dalam upacara cari telefon bimbit hilang

Tags

Bomoh penggal kepala budak dalam upacara cari telefon bimbit hilang


Witch craft equipment that was used to in nightmare killing.


POLIS menemui bahagian badan Sunu yang dipotong di hutan berhampiran rumahnya di Assam, India. - AGENSI
ASSAM, India – Seorang kanak-kanak perempuan dijadikan ‘korban’ oleh dua orang bomoh sebagai salah satu usaha mencari sebuah telefon bimbit milik jiran mangsa yang hilang dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Mayat Sunu Godba yang berusia empat tahun ditemui dengan kepala dipenggal selain kaki dan tangannya dipotong di sebuah hutan berhampiran rumahnya.
Dia dilaporkan hilang pada 24 Oktober lalu di kampung Ratanour di sini yang terkenal dengan amalan ilmu sihir.
Bomoh itu dikatakan perlu mengorbankan nyawa seseorang kepada ‘dewa’ untuk mendapat petunjuk bagi mencari telefon anak perempuan kepada Hanuman Bhumi, 45, yang tinggal berjiran dengan mangsa.
“Mereka mengadakan upacara perbomohan itu di rumah Hanuman untuk mendapat petunjuk mengenai kehilangan telefon bimbit yang dianggap satu barangan mewah oleh penduduk tempatan.
“Mayat mangsa pula ditemui oleh penduduk kampung,” kata Inspektor Prasanta Phunka.
Berikutan kejadian, polis telah menangkap Hanuman dan memburu dua orang bomoh yang diupah oleh lelaki itu dan kini melarikan diri.
“Saya tidak percaya jiran yang sangat baik dengan anak saya dan dianggap seakan bapa saudara tergamak membunuhnya untuk kepentingan sendiri,” kata bapa Sunu, Susun. – Agensi


EmoticonEmoticon