Monday, 14 November 2016

VIDEO: TERJAWAB! Rupanya Ini Punca Sebenar Ameng Terselamat Walaupun Dia 'TERUK' Malam Tadi..PATUTNYA Ameng mohon di singkirkan...

Tags

IDEO: TERJAWAB! Rupanya Ini Punca Sebenar Ameng Terselamat Walaupun Dia 'TERUK' Malam Tadi

VIDEO: TERJAWAB! Rupanya Ini Punca Sebenar Ameng Terselamat Walaupun Dia 'TERUK' Malam Tadi
VIDEO: TERJAWAB! Rupanya Ini Punca Sebenar Ameng Terselamat Walaupun Dia 'TERUK' Malam Tadi

Perghh minggu ini penuh dengan konterversi dan ketidakpuashatian penonton yang menonton Gevar Vaganza musim ke-3. Untuk minggu ini 9 artis berentap menyanyi kan lagu yang agak popular dan hits . Antaranya

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng, menegaskan aksi beliau dikurung dalam penjara ketika mempersembahkan lagu Tiara pada konsert Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3), malam tadi, bukan punca dirinya lupa lirik. Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, berkata beliau juga tidak menganggapnya sebagai badi berikutan beliau baru saja dibebaskan dari Penjara Kluang 14 Jun lalu. "Eh, bukan! Saya lupa lirik bukan sebab badi berada dalam penjara buatan itu. Ia adalah kesilapan yang datang daripada diri saya sendiri. Dari dulu lagi saya mempunyai masalah lupa lirik setiap kali menyanyi lagu orang lain. "Ia berpunca daripada sikap saya yang tidak serius saat membawakan lagu itu. Cuma saya hairan, saya masih diberi rezeki untuk bertahan ke minggu hadapan dan tidak tersingkir," katanya kepada BH Online. Pada konsert yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, ramai yang menjangkakan Ameng akan disingkirkan berikutan kegagalannya memberikan persembahan terbaik, sebaliknya seorang lagi peserta, Shidi (Data), yang menerima markah terendah sekali gus menjadi artis keempat terkeluar daripada program itu. Dalam pada itu, tambah Ameng, beliau juga tidak malu dengan persembahan berkenaan kerana konsep meletakkan penjara buatan adalah ideanya sendiri yang ingin menyedarkan masyarakat umum. "Walaupun mengaibkan, saya mahu memberikan kesedaran dan teladan buat penonton. Tanpa sedar, setiap kesilapan yang kita lakukan boleh membawa diri kita ke penjara," katanya. Sementara itu, Ameng berkata, beliau dapat menjangkakan kesilapan bakal berlaku lagi pada persembahan akan datang memandangkan dirinya sudah tidak mampu untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap program terbabit. "Sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk disingkirkan. Baru lega (apabila disingkirkan nanti) kerana saya dapat menjalankan kerja biasa, seperti sebelum menyertai GV3. "Saya dapat rasakan saya tidak mampu melakukan kerja ini (GV3). Apatah lagi umur saya pun sudah meningkat, mungkin saya tidak boleh lagi melakukan kerja yang berat-berat," tuturnya. 


EmoticonEmoticon