Thursday, 10 November 2016

Video : Penemuan YANG PALING DASYAT..!! Buaya Seberat 1 Tan Menggemparkan Penduduk Sri Lanka

Tags

Video : Penemuan Buaya Seberat 1 Tan Menggemparkan Penduduk Sri Lanka

COLOMBO - Penduduk Sri Lanka digemparkan dengan penempuan seekor buaya gergasi yang paling besar pernah dilihat di negara kepulauan itu apabila reptilia terbabit terperangkap di sebuah kawasan terusan air.
Video : Penemuam Buaya Seberat 1 Tan Menggemparkan Penduduk Sri Lanka
Buaya terbabit ditemukan di bandar Matara oleh orang ramai dengan anggaran panjang mencecah 5.1 meter dan mencapai berat kira-kira satu tan.
Jabatan Hidupan Liar Sri Lanka dikerah untuk menyelamatkan haiwan tersebut dan terpaksa menggunakan sebuah jengkaut dan lori dalam operasi itu pada Isnin lalu.
Aktivis alam sekitar, Uppala Jayatissa berkata, pihaknya pernaj menemukan seekor buaya yang memiliki saiz hampir sama kira-kira lima bulan lalu di Sungai Polathumodrara.
"Reptilia yang baru ditemaukan di Matara merupakan saiz maksimum seekor buaya boleh membesar," katanya.

Buaya tersebut dipercayai tersesat ketika mencari makanan disebabkan paras air sungai melimpah masuk kawasan terusan ekoran hujan lebat.
"Dengan bantuan orang kampung dan pihak polis, kami menghantar semula buaya gergasi itu ke kawasan habitat asal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Buaya itu sangat besar sehingga ia sendiri sukar untuk bergerak," kata pegawai jabatan hidupan liar, Ravindra Kumar.
MstarOnline


EmoticonEmoticon