Monday, 14 November 2016

BARU JERR 15 TAHUN FUHH ALAT MAKEUP MENGALAHKAN MAK CUN,,BULU-BULUNYA MELENTIK MACAM LADY MOUSE.

Tags

Adik pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera, agak dikenali di media sosial terutamanya kerana sebelum ini videonya yang mengkritik sekolah kerajaan pernah menjadi viral. terbaru, gadis itu sekali lagi menjadi viral kerana memaparkan koleksi alat soleknya yang banyak di media sosial.
ameeraanAmeera dipercayai menyusun alat-alat solej miliknya di atas permaidani, namun menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana kuantiti alat solek miliknya masih belum penuh bila disusun atas permaidani.

 photo Screen Shot 2016-11-14 at 3.07.29 PM.png

Gambar itu dikatakan dimuat naik ke Instagram Story di akaun milik Ameera dan kini menjadi bualan Netizen yang memberikan pelbagai reaksi tentang kenyataan Ameera.
Ada yang menganggap gadis itu pandai berjenaka namun ada yang tidak puas hati kerana menganggap pelajar berusia 15 tahun itu hanya ingin menunjuk kekayaan.
Tidak kurang, ada yang troll kenyataan beliau, contohnya di bawah:
Ada yang berpendapat suka hati Ameera kalau dia ingin menunjukkan koleksi alat soleknya di media sosial kerana ia menggunakan duit kakaknya.
Bagi penulis, Ameera seorang yang kelakar dan berjaya membuat penulis ketawa. Bak tweet di bawah:

Penulis faham kerana penulis sendiri tak puas hati jika hanya ada satu lipstick, kalau boleh mahu memiliki jenama dan warna berbeza. Bezanya, penulis tidak kaya seperti Ameera. Terpaksa mereput di bucu bilik saja. –amazingnara.com


EmoticonEmoticon