Monday, 14 November 2016

Isu Elly Mazlein : Datuk Ramli MS Akhirnya Buka Mulut

Tags

Bunyi tidak pernah menipu.Apabila saya katakan seseorang peserta itu tidak bagus, itu bermaksud tidak bagus dalam liganya sendiri. - Datuk Ramli MS

Isu komen Datuk Ramli MS yang membuatkan penyanyi Elly Mazlein menarik diri daripada program Gegar Vaganza 3 merupakan topik panas dan sensasi sepanjang minggu lepas. Ia membuatkan penyokong tegar Elly berang dan bertindak menyerang Tok Ram di media sosial.
Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini, Tok Ram akhirnya telah tampil memberikan pandangan beliau sendiri.
Beginilah, setiap kali seseorang peserta mula memegang mikrofon dan menyanyi, itu adalah satu bisnes yang serius buat saya. Bunyi tidak pernah menipu. Sebab itu saya katakan, di atas pentas seperti Gegar Vaganza, jangan main bangsawan dengan saya. Apabila saya katakan seseorang peserta itu tidak bagus, itu bermaksud tidak bagus dalam liganya sendiri.
Bukan saya bandingkan dengan pendatang baharu misalnya, kerana penyanyi lama sudah ada ilmu dan roh dalam nyanyian mereka. Jadi sebagai seorang penyanyi lama, mereka tidak lagi boleh masuk dalam zon melakukan kesilapan teknikal kerana itu sudah menjadi makanan mereka.
Berbicara mengenai orang ramai yang kini melabelkan beliau sebagai juri “mulut puaka” dan membenci cara beliau mengkritik, Tok Ram nampaknya tidak cepat melatah mahupun terkesan dengan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.
Tok Ram merupakan seorang yang telus dalam penilaiannya dan hanya mahu setiap peserta didalam GV3 mempelajari sesuatu daripada kesilapan mereka.
Saya seorang yang berterus terang. Saya tidak cakap belakang atau suka memberi kiasan. Saya tidak pandai. Saya akan cakap telus apa yang saya mahu cakap. Tetapi bagaimana seseorang itu mengambil kata-kata saya secara positif atau sebaliknya.
Sudah lama saya menjadi juri atau melakukan tanggungjawab mengkritik. Tetapi saya juga mahu tanya, adakah pernah kritikan saya yang dikatakan tidak sensitif atau mengaibkan seseorang sehingga membunuh karier mereka? Tanya kepada para peserta, apakah pelajaran yang mereka peroleh jika mengambil kritikan saya secara positif?
Saya tidak boleh mengubah pemikiran seseorang yang mahu menjadikannya negatif, walhal apa yang saya lontarkan adalah satu hal positif yang perlu diambil untuk mempertingkatkan diri kerana pada akhirnya, ilmu itu adalah untuk mereka, bukan untuk saya.
Pada masa yang sama, Tok Ram enggan  mencampuradukkan antara kisah rumah tangga dan profesionalismenya dalam bekerja meskipun isterinya,  Alyah turut terkena tempiasnya apabila diserang peminat Elly. Tok Ram tidak akan membantu Alyah membayar kos guaman  jika isterinya itu mahu membawa hal  berkenaan ke mahkamah.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


EmoticonEmoticon