Anak Tanggung Derita Kesakitan Akibat 20 Kesan Lebam Dicubit Ustazah. Ibu Bapa Ambil TINDAKKAN !!!

loading...
Anak Tanggung Derita Kesakitan Akibat 20 Kesan Lebam Dicubit Ustazah. Ibu Bapa Ambil TINDAKKAN !!! | MELAKA: Ibu bapa seorang murid sekolah rendah di Ayer Molek, di sini, mendakwa anaknya menanggung derita kesakitan 20 kesan lebam selepas dicubit seorang ustazah kerana tidak menghafal bahasa Arab.
bvcbc
Bapanya, Mohd Nizan Othman, 32, mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun dicubit sehingga menampakkan kesan lebam yang teruk di bahagian belakang badan dan lengan.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila anak kedua daripada tiga beradik itu menangis kerana tidak dapat tidur malam akibat kesakitan kesan daripada cubitan pada 4 Oktober lalu.
“Selepas ditanya punca kesan lebam yang banyak itu, barulah anak saya beritahu dia dicubit seorang ustazah di sekolahnya, malah turut mendakwa sering dicubit sehingga takut ke sekolah setiap kali ada mata pelajaran agama.
“Susulan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 5 Oktober lalu, sebelum doktor memaklumkan anak saya didera.
Laporan turut dibuat pada hari sama di Balai Polis Tiang Dua,” katanya ketika ditemui di pejabat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Taman Melaka Raya, di sini, petang tadi.
Mahu mendapatkan penjelasan lanjut, Mohd Nizan kemudian menemui pihak sekolah sebelum diaturkan tiga pertemuan, termasuk dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mencari penyelesaian.
“Bagaimanapun, hingga kini tiada jalan penyelesaian dicapai, termasuk tiada tindakan susulan diambil ke atas guru agama terbabit. “Sebelum ini saya juga diminta untuk menarik balik laporan polis kerana pihak sekolah dan guru itu mendakwa mahu selesaikan cara baik,” katanya.
loading...

0 Response to "Anak Tanggung Derita Kesakitan Akibat 20 Kesan Lebam Dicubit Ustazah. Ibu Bapa Ambil TINDAKKAN !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close