Thursday, 3 November 2016

TAK MINTA LEBIH SHARE PUN DAH CUKUP..SAYU MELIHAT BAYI INI KEBIRUAN TAMPA UBAT.KATA WARISNYA MEREKA MEMERLUKAN RM 30K UTK KOS RAWATAN.SEKALI ANDA SHARE MUNGKIN 100X ADA PENDERMANYA UTK MENGUBAT SALURAN PERNAFASAN ADIK INI

Tags

TAK MINTA LEBIH SHARE PUN DAH CUKUP..SAYU MELIHAT BAYI INI KEBIRUAN TAMPA UBAT.KATA WARISNYA MEREKA MEMERLUKAN RM 30K UTK KOS RAWATAN.SEKALI ANDA SHARE MUNGKIN 100X ADA PENDERMANYA UTK MENGUBAT SALURAN PERNAFASAN ADIK INI




KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Seorang bayi perempuan memerlukan dana sebanya RM30,000 untuk membiayai kos rawatan pembedahan saluran pernafasan secara normal (BT Shunt) di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Pembedahan keatas bayi tersebut, Nur Aisyah Dalila Abd Rahim, 2 bulan, n dilakukan segera bagi membolehkannya bernafas dengan sempurna.
Menurut ibu, Rositah Kames, anak keduanya itu turut menghidapi jantung berlubang dan masalah saluran tersumbat sejak lahir.
"Nur Aisyah perlu melakukan pembedahan saluran ini terlebih dahulu kerana dia kini hanya bergantung kepada ubat untuk membolehkan dia bernafas dengan baik.
"Jika tidak, keadaannya akan menjadi biru kerana oksigen tidak sampai ke otak di sebabkan masalah di saluran terbabit," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Rositah yang juga seorang suri rumah berkata, anaknya itu juga turut mempunyai dua lubang di jantung yang bersaiz kecil dan besar.
"Bagi pembedahan jantung berlubang dan saluran tersumbat itu pula akan dilakukan pada usia Nur Aisyah setahun ke atas dengan beratnya perlu mencecah kira-kira 10 kilogram," katanya.

Bapa kepada Nur Aisyah pula, Abd Rahim Mohd Napiah, berkata beliau dan keluarga reda akan keadaan anaknya itu tetapi tetap bersyukur dengan bantuan orang ramai.
"Saya berharap Nur Aisyah dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain," kata beliau yang bekerja di bilik kawalan Rapid KL.
Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad-NSTP di akaun Maybank, 514105323170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang. Cek dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima di alamat Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau hubungi 03-27148977.


EmoticonEmoticon