#johorbahru Dia terserempak kelibat wanita itu ketika berjalan ke tandas muzium berkenaan jam 7.30 malam, dua tahun lalu

loading...
Rambut mengurai cecah landasan
Johor Bahru: Kelibat ‘entiti’ wanita berambut panjang berkebaya hijau di dalam gerabak kereta api antara kenangan tidak dapat dilupakan Ibrahim Yusof, 50 sepanjang bertugas sebagai Pembantu Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) , di Jalan Tun Abdul Razak, di sini, sejak enam tahun lalu.
Ibrahim berkata, dia terserempak kelibat wanita itu ketika berjalan ke tandas muzium berkenaan jam 7.30 malam, dua tahun lalu.
Menurutnya, wanita terbabit tidak menyapa atau mengganggunya, tetapi duduk di bangku gerabak kereta api dengan menguraikan rambut panjang hingga mencecah landasan.
“Saya jalan berseorangan dan terkejut apabila kelibat wanita itu muncul secara tiba-tiba di dalam gerabak berkenaan.
“Bagaimanapun, ia hanya muncul sekejap dan hilang selepas beberapa saat saya berlalu,” katanya yang berkhidmat dengan KTMB sejak 1988.
Katanya, raut wajah entiti berkenaan cantik dan tidak menakutkan cuma rambutnya terlalu panjang.
“Saya yakin itu makhluk halus yang menjelma sebagai manusia,” katanya.
Ibrahim berkata, selain dia pekerja lain juga pernah melihat kelibat entiti sama ketika bertugas di muzium berkenaan yang didakwa muncul bila-bila masa termasuk waktu siang.
Menurut Ibrahim, jadi dia tidak terlalu mengambil endah kerana tidak pelik muzium berusia 84 tahun berkenaan menjadi persinggahan makhluk halus berkenaan.
“Setiap kali bertugas, saya dapat rasa ada kelibat berada di belakang dan memerhatikan gerak geri dari jauh.
“Namun, saya tidak layan kerana makhluk itu tidak mengganggu cuma mahu memberitahu kita kewujudannya.
“Bagi saya, tugas harian perlu diteruskan dan kemunculannya menjadi pengalaman dan cabaran sebagai kakitangan di sini ,” katanya selepas Program Gotong Royong di Muzium KTM di sini semalam.
Sementara itu, Pembantu Tadbir Rendah, Muhamad Faizul Mahad, 22 berkata, dia turut melalui pengalaman aneh apabila ternampak kelibat lembaga hitam ketika mencuci lantai bilik pameran muzium berkenaan.
“Saya bekerja di syif pagi pada hari kejadian dan hanya berseorangan di bilik berkenaan.
“Ketika asyik mencuci lantai, muncul lembaga hitam di hadapan saya, tetapi kelibatnya hanya muncul sepintas lalu sebelum ghaib.
“Perasaan takut itu ada, tetapi saya kuatkan hati dengan membaca doa sebelum meneruskan tugas,” katanya.
Selain kejadian itu, dia dan rakan setugas pernah mendengar bunyi objek dari atas bumbung, tetapi gagal menemui apa-apa walaupun puas mencari di merata tempat ,” katanya yang berkhidmat sejak setahun lalu.
Bangunan Muzium KTMB adalah Stesen Johor Bahru Lama yang beroperasi dari 1 September 1932 hingga 31 Oktober 2010.
Jabatan Warisan Negara mewartakannya sebagai bangunan warisan pada Ogos 2011 dan KTMB kini giat menjalankan kerja baik pulih, pembersihan serta keceriaan bagi memberi nafas baru kepada muzium berkenaan yang bakal dibuka semula kepada umum pada 15 Ogos depan.
loading...

0 Response to "#johorbahru Dia terserempak kelibat wanita itu ketika berjalan ke tandas muzium berkenaan jam 7.30 malam, dua tahun lalu "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close