loading...
Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!! PETALING JAYA: Tan Sri Robert Kuok, individu paling kaya di negara ini tetapi anak perempuannya dilaporkan sekadar berniaga pakaian berjenama terpakai diinternet.
Yen, 26, berkata ahli keluarganya tidak pernah mengharapkan dia menjadi seorang ‘puteri’ sebaliknya melatihnya secara tegas.
“Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya,” katanya lapor portal Malaysiagazzette yang memetik China Press.
Wawancara Yen bersama media Hong Kong disiarkan baru-baru ini.
Kerana minat dalam bidang itu, Yen menubuhkan laman Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.
Dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai ketika melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
“Semasa kecil, bapa pernah berpesan bahawa nenek saya tidak suka saya menjadi ‘puteri keluarga berada’,” katanya yang sering bertukar pakaian dengan kawan-kawan ketika di kampus.
Menurut Yen, dia sendiri hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila seorang abangnya menghadiahkan pakaian jenama Viktor&Rolf.
Bercerita perihal bidang akademik, Yen mengakui ayahnya tidak memaksa dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan.
“Ayah asyik memberitahu bahawa pergi ke sekolah bukannya untuk menuntut pelajaran tetapi untuk memperluaskan pandangan.
“Ayah tidak memaksa saya mendapat A dalam peperiksaan, ayah kata dapat B pun tidak apa,” katanya.
Kuok, 91, diikhtiraf individu paling kaya untuk 10 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan AS$11.3 bilion atau RM40.8 bilion.
Terkenal dengan gelaran Raja Gula Malaysia, Kuok menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.
loading...
0 Response to "Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!"
Post a Comment