loading...
KES PUKUL PEMANDU LORI..RUPA-RUPANYA BUDAK INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG..DI SEBABKAN KES INI TERBONGKAR PULA KES JUDI HARAM YG DI JAGA OLEH ABANG LONG TAMAN..SEBENARNYA MEREKA ADALAH KETURUNAN DI RAJA
1. Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu kerabat di raja Kedah pada 14 Januari lalu di Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa, Ampang, 21 Jan lalu Polis telah merakam percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki itu.
2. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua saksi telah dipanggil sejak hari kejadian bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Selain itu, beliau berkata pihaknya telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium tersebut bagi membantu siasatan dan ia telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.
3. Ditanya adakah pemilik kereta Mercedes Benz turut terlibat, Hamzah berkata semakan mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita dan suaminya juga bukan individu bergelar 'Datuk' seperti ditularkan. “Mereka (wanita dan suaminya) itu tidak terlibat dalam kes ini dan saya harap orang tidak perbesarkan cerita ini, tindakan mereka hanya mengganggu siasatan,” katanya.
3. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukKan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes itu mendapat perhatian ramai dan sumber memaklumkan walaupun kedua pihak sudah bersetuju menyelesaikan kes di luar (berdamai) namum PDRM akan terus mengambil tindakan terhadap kes ini.
PEMILIK KERETA MERCEDES WWC8908
SAMA ADA TENGKU KHAIRUNNIZA HANYA PENAMA KERETA ATAU MEMANG PEMANDU BELIAU TERLIBAT |
PEMANDU PERIBADI VIP
4. Maklumat siasatan menunjukkan penama kereta Mercedes Tengku Khairunniza bin Tengku Hamid merupakan seorang kerabat Kedah. Abangnya Tengku Hazrul Shah bin Tengku Hamid (Along Taman, Alang Pandan or Misai) dan Tengku Khairulnizam
5. Tengku Hazrul dan Tengku Khairulnizam pernah terlibat dengan satu kes pembunuhan pada tahun 2003. Tidak dapat dipastikan penyelesaian kes ini. Namun pernah disiarkan dalam media massa pada tahun tersebut;
6. Kes pembunuhan dua lelaki di Genting Highlands tahun 2003 dipercayai ada kaitan dengan perebutan kuasa dalam kumpulan Ah Long. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Timbalan Supt Mokhtar Mohd Ali ketika itu berkata kedua-dua mangsa, Loh Cheng Hye, 42, dari Pulau Pinang, dan Ti Chee Khew, 29, dari Semenyih, Selangor. Antara yang ditahan ialah Tengku Hazrul Shah Tengku Hamid, yang ketika itu berumur 28 tahun (kini 42 tahun) dikenali sebagai Along Taman, Alang Pandan atau Misai, yang beralamat terakhir adalah No 1, Seri Bentara, Lengkongan Jalan H, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur.
7. Kejadian memukul pemandu lori ini dikatakan mempunyai kaitan juga dengan Tengku Hazrul @ Along Taman. Malah orang-orang Along Taman menggugut pemandu lori dan sesiapa yang terlibat. Lantaran itu tidak menghairankan jika Along Taman turut ditahan polis
8. Menurut sumber, Along Taman atau Tengku Hazrul Shah menguasai judi haram di Ampang dan beberapa daerah di Selangor. Mempunyai hubungan baik dengan Azmin Ali Menteri Besar Selangor, Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan budak suruhan Zuraida Dato' Adam Rosly yang memiliki rumah banglo Disneyland. Lihat sajalah kekayaan Zuraida dan Dato' Adam Rosly di Ampang, kereta dan rumah mewah.
9. Sebab itu jenayah mesin judi haram di Ampang begitu banyak sekali kerana Along Taman telah memegang MB, Zuraida MP, penguatkuasa dan penjawat awam di Ampang dan Selangor. Malah dikatakan banyak program-program Azmin Ali dan Zuraida ditaja oleh gengster Along Taman ni.
10. Pada Disember 2016 apabila Jamal Yunos menyerbu pusat judi haram di Sekinchan, Sabak Bernam dan 2 pusat perjudian haram di Jalan Kosas, Ampang Jaya bersama 100 orang pengikut ia sangat tidak menyenangkan hati Kongsi Gelap dan Along Gang /Along Taman. Dalam satu blog yang didedahkan oleh masterdedah.com terdapat cara "Kawtim" PBT meluluskan lesen pusat siber yang menjadi judi haram Selangor.
11. 6 Januari lalu Jamal Yunos mendakwa beliau ditawarkan wang rasuah sebanyak RM1 juta daripada ketua sindiket perjudian. Geng-geng Along Taman inilah yang berusaha mahu merunding Jamal Yunos. Tujuan rasuah ialah menutup mulut Jamal Yunos daripada terus membongkar kegiatan mesin judi di seluruh negara khususnya di Selangor. Arahan siapa? Pasti Azmin Ali agar kes -kes judi tidak dibesarkan.
12. Azmin terbukti sangat melindungi Pengusaha mesin judi haram di Selangor melalui usahanya yang tidak pernah membekukan lesen pusat judi siber dan siber kafe yang menjadi pusat judi berlesen.
13. Lihat saja bagaimana PBT seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya meluluskan premis lesen Pusat siber. Ada beratus lagi yang mereka tangguhkan namun operasi pusat judi haram terus beroperasi. Tiada usaha sita dan tangkapan. Jika di Ampang semua ini dikuasai oleh Tengku Hazrul Shah aka Along Taman ni.
Ini yang MPAJ luluskan akhirnya menjadi Pusat Judi haram di Ampang. Ada beratus-ratus lagi Pusat Siber jadi Judi Haram di Ampang dilindungi oleh Geng Along Taman ini. |
14. Akhirnya Judi dan segala jenayah berleluasa di Ampang malah di Selangor. Apa nak hairan jika geng Along Taman itu memukul pemandu lori? Orang yang pernah terlibat jenayah mereka mana kisah. Akhirnya Azmin terus kaya, Zuraida Ampang dan Dato' Adam Rosly kaya raya. Rakyat bukalah mata.Jangan biarkan keganasan dan jenayah berleluasa di Selangor.
Captain M23 Januari 2017
loading...
0 Response to "KES PUKUL PEMANDU LORI..RUPA-RUPANYA BUDAK INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG..DI SEBABKAN KES INI TERBONGKAR PULA KES JUDI HARAM YG DI JAGA OLEH ABANG LONG TAMAN..SEBENARNYA MEREKA ADALAH KETURUNAN DI RAJA"
Post a Comment