Tuesday, 17 January 2017

Dua ‘Hantu’ Dirakam CCTV Ketika Keluar Masuk Bangunan..Motif Sebenar Menakutkan !!!

Tags

Dua ‘Hantu’ Dirakam CCTV Ketika Keluar Masuk Bangunan..Motif Sebenar Menakutkan !!!

Dua ‘Hantu’ Dirakam CCTV Ketika Keluar Masuk Bangunan..Motif Sebenar Menakutkan !!! |Brasilia: Dua ‘hantu’ dirakam kamera litar tertutup ketika mereka keluar masuk sebuah bangunan untuk mencuri.
Kegiatan hantu itu dikesan pengawal keselamatan yang menyaksikan rakaman menunjukkan kedua-dua hantu itu membawa kelengkapan berharga setiap kali keluar dari bangunan itu.
Hantu itu sebenarnya dua lelaki yang menyelubungkan diri mereka dengan kain putih dalam usaha untuk melindungi wajah masing-masing.
Rakaman itu menunjukkan mereka berjalan di koridor sebelum memasuki sebuah bilik berhampiran.
Apabila keluar, masing-masing membawa objek besar, dipercayai komputer dan mesin pencetak.
Mereka berulang-alik beberapa kali untuk membawa barangan berkenaan dan dipercayai memasukkan semuanya di dalam kenderaan yang diletakkan di luar.
Ia dilapor dirakam di Brazil dan sudah ditonton ribuan kali di LiveLeak.com dalam masa kurang 24 jam.
Seorang pengguna mengulas video itu dengan menulis: ‘Video hantu terbaik.’
Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu dilaporkan kepada polis atau tidak.-Harian Metro


EmoticonEmoticon