loading...
“Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada dia selama setahun lebih hilang di Madinah."
“Dia tidak banyak berbicara ketika saya mengambil dia di KLIA.”
Demikian kenyataan Ibrahim Abdul Rahman ketika bercakap mengenai kepulangan anaknya Nor Azimah, 32, ke tanah air semalam.
Memetik laporan Bernama, Ibrahim memaklumkan kepulangan dan ketibaan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya diketahui melalui WhatApps rakannya pada jam 3 petang kelmarin.
“Sejurus selepas itu, saya terus ke KLIA mengambil Azimah. Dia berada dalam keadaan sihat tetapi stres.”
Buat masa ini Azimah memerlukan masa untuk bertenang sebelum menceritakan kejadian sebenar selama menghilang di Madinah, kata Ibrahim.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Konsul Malaysia di Jeddah dan pihak keselamatan Arab Saudi kerana berusaha mencari anaknya.
Nor Azimah tiba di KLIA pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam menaiki pesawat MAS dari Jeddah.
Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat yang berkata Nor Azimah ditemui pada 13 Disember.
Nor Azimah, dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama bapa dan ibunya.- CARI
loading...
0 Response to "SYUKUR NOR AZIMAH SELAMAT..PULANG SETELAH HILANG MELAKUKAN UMRAH..KUASA ALLAH MENCARI BELIAU SEHINGGA PIHAK UMRAH DI ARAH MENYURUH AYAHNYA PULANG KE MALAYSIA"
Post a Comment