Inilah Jumlah Kos Dato Vida Untuk Taja AJL Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

loading...
Kecoh apabila Dato Vida tidak dijemput ke AJL 31 yang berlangsung semalam sedangkan Beliau sudah menaja AJL sebelum ini. Dato Vida dedahkan punca Beliau berehat untuk menaja AJL kerana kos untuk satu malam anugerah AJL ialah sebanyak.....


Inilah Jumlah Kos Dato Vida Untuk Taja AJL Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! |  KUALA LUMPUR — Selepas dua tahun berturut-turut menaja Anugerah Juara Lagu (AJL), Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa tidak dibenarkan hadir ke acara berprestij itu malam tadi. Hasmiza, 45, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu hari ini dengan alasan tiada tempat duduk yang disediakan.
“Saya tidak dibenarkan pergi ke sana dengan alasan tiada tempat duduk. Saya tidak dapat jemputan tetapi penaja lain dapat jemputan. Memang kali ini saya tidak taja AJL tetapi saya ada menaja di TV3. Saya pun bukanlah mahu pergi sangat sebab akan berangkat mengerjakan umrah Rabu ini,” katanya kepada ProjekMMO.
Pengasas Vida Beauty mempersoalkan tindakan penganjur kerana beliau sudah menghabiskan sejumlah wang menaja dua tahun berturut-turut anugerah itu. Katanya, penganjur seperti bimbang kehadirannya malam ini akan memberi publisiti percuma kepada rangkaian perniagaannya.
“Mereka takut saya ‘over shadow’ AJL ? Mungkinlah tetapi maksud mereka saya tidak tahu. Kalau saya bukan penaja AJL, saya penaja di TV3 juga. Mereka takut masuk muka saya, mereka akan rugi. Bila kamera hala ke arah saya, ada pemasaran tak suka sebab seperti pemasaran percuma. Itu yang saya tidak suka TV3,” katanya.
Hasmiza berkata beliau kini dalam tempoh bertenang untuk menaja AJL tahun depan kerana ia membabitkan kos yang besar. Bagaimanapun, katanya, apa yang dilakukan pihak penerbitan AJL mengguris hatinya dan membuatkannya berubah fikiran.
“Satu malam RM2.8 juta untuk dua tahun berturut-turut. Jadi saya rehatlah sekejap. Tetapi bila buat macam ini seperti membunuh jiwa. Adakah saya perlu dilayan begini? Janganlah pula terhegeh-hegeh mencari saya selepas ini. Saya terkilan. Alasan tidak ada tempat duduk untuk ke AJL tidak masuk akal,” katanya.
Sumber : Suara TV
loading...

0 Response to "Inilah Jumlah Kos Dato Vida Untuk Taja AJL Yang Buat Ramai TERKEJUT !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close