loading...
Isu Nik Abduh dan Dato Aliff, Islam benarkan kita tegur secara terbuka, ini panduannya. Lain kali, kalau nak sokong pihak mana sekalipun, sila hadam dulu panduan ini.
Kalau tak nak baca, sila share kepada rakan-rakan anda yang lain.
Saya tidak ingin menyebelahi mana-mana pihak, namun tulisan ringkas ini telah saya ketengahkan tidak berapa lama dahulu yang barangkali ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan. Agama itu nasihat menasihati (الدين النصيحة)
TEGURAN TERBUKA ATAU RAHSIA, MANA SATU KAH SUNNAH ?
Manusia memang bersifat pelupa, tersalah dan seumpamanya. Bila ianya berlaku, seharusnya ditegur dan diperbetulkan sekadar kesalahan dan kelupaannya itu.
Soalnya, yang manakah pendekatan teguran yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W? Adakah perlu ditegur secara terbuka atau pun perlukah ditegur secara rahsia?
Perkara ini memang menjadi perbahasan dikalangan ulama Islam.
Asas dalam menasihati adalah melalui jalan rahsia dan tersembunyi. Ini akan membawa kebaikan dan menjaga air muka orang yang dinasihati.
Asas dalam menasihati adalah melalui jalan rahsia dan tersembunyi. Ini akan membawa kebaikan dan menjaga air muka orang yang dinasihati.
NAMUN ADA BEBERAPA KEADAAN YANG PERLU DIPERHALUSI :
1- Seorang yang melakukan maksiat SECARA TERSEMBUNYI dan tidak menyatakan kepada orang ramai, maka kaedahnya ialah DITEGUR SECARA RAHSIA. Ini terbukti dari kisah lelaki yang meminta izin dari Rasulullah S.A.W untuk berzina. Namun Baginda S.A.W menasihatinya dan meletakkan tangan baginda S.A.W di dadanya seraya berdoa :
اللهمَّ طهِّرْ قلبَه واغفر ذنبَه وحصِّنْ فَرْجَه
Ya Allah bersihkanlah hatinya, Ampunilah dia, dan jagalah kemaluannya dari dosa. Sejak dari itu tiada dosa yang lebih dibencinya dari zina. (sanad yang baik dan perawinya sahih, takhrij hadith Ihya’ oleh Imam al-Iraqi 2/411).
2- Seorang yang melakukan maksiat secara terbuka bahkan berbangga diatas perlakuannya. Maka ia dinasihati secara terbuka. Kata imam Hasan al-Basri, ia tidak dinamakan ghibah (mengumpat). (syarh usul I’tiqad alh sunnah wal jamaah oleh al-lalikaiy ms 279)
3- Kesalahan dalam perkara agama oleh seorang ternama, selebriti, pembesar dan seumpamanya yang dilakukan dikhalayak, maka pandangan paling kuat ialah ditegur dikhalayak ramai. Inilah pegangan ulama rabbani
لا يجوز تأخير البيان عن وقت الحاجة ، ولأن تأخير الرد قد تحدث معه مفاسد وأضرار أكثر من تركه
Tidak harus melewatkan penerangan setelah waktu sepatutnya, malahan melewatkannya teguran akan mendatangkan kerosakan yang lebih besar.
Ini kerana ia mengelirukan masyarakat awam dan merupakan pengkhianatan kepada agama. Sekiranya menjaga air mukanya lebih diutamakan, maka orang yang mengetahuinya menyembunyikan kebenarannya.
4- Baginda S.A.W pernah menegur sulaik al-ghatfani ra ketika Baginda S.A.W berkhutbah jumaat. Sulaik ra terus duduk tanpa solat 2 rakaat (tahiyyat ul masjid). Lalu Baginda S.A.W menyuruhnya solat. (hadith sahih muslim hal 875) Teguran tersebut dikhalayak ramai!
5- Adakah sesiapa yang berani mengatakan Rasulullah tidak berhikmah?
loading...
0 Response to "ISU DATO ALIFF TERLAJAK LARIS DAN YB NIK ABDUH"
Post a Comment