Wanita dirantai masih belum ditemui

loading...
Serdang: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi seorang wanita berusia 29 tahun yang dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya di sini semalam diminta melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya masih mengesan mangsa yang sudah dibawa seorang lelaki selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat Serdang di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif mangsa dirantai dan mencari pelaku yang merantai mangsa.
"Mangsa sudah dibawa lelaki itu yang mengaku abang kepada mangsa dan membawa mangsa pulang namun sehingga kini tiada laporan polis diterima malah lokasi mangsa serta lelaki berkenaan juga tidak dapat dikesan.
"Pemeriksaan polis di alamat rumah mangsa di kawasan berhampiran mendapati rumah itu tidak berpenghuni dan telah lama ditinggalkan,"katanya.
loading...

0 Response to "Wanita dirantai masih belum ditemui"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close