loading...
JAKARTA - Tiga lelaki yang ditahan berhubung kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kota Sorong, Papua Barat, mengaku melakukan perbuatan itu dalam mabuk arak, lapor Harian Metro.
Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba, 20, yang juga merupakan jiran kepada mangsa, mengaku melakukan perbuatan kejam itu.
Mayat mangsa Kasia Mamangsa, ditemui dalam kawasan lumpur, dengan kesan luka di bibir atas, luka satu sentimeter di bahagian dalam bibir, luka di dagu dan kesan koyakan dan darah di bahagian kemaluannya.
Ketiga-tiga mereka mengaku merogol sebelum mencekik mangsa sehingga mati sebelum mayatnya ditanam dalam lumpur.
Sebelum kejadian, Donal mengambil mangsa dari rumahnya dan membawanya ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua lagi rakannya datang dan bergilir-gilir merogol mangsa.
Mayat mangsa kemudian ditemui pada Selasa lalu berdasarkan maklumat dari abangnya yang melihat Donal bersama mangsa sebelum menyedari kehilangan adiknya itu. Donal dan dua lagi rakannya ditahan beberapa jam kemudian.
Menurut undang-undang di negara itu, hukuman bagi kesalahan berkenaan adalah penjara seumur hidup. Namun Kerajaan Indonesia difahamkan, bakal melaksanakan hukuman kembiri secara kimia terhadap pesalah seks kanak-kanak. - The Reporter
loading...
0 Response to "(VIRAL) Dipenjara seumur hidup atau dikembirikan secara kimia? "
Post a Comment