loading...
Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!! Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat “tranparent” seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?
Untuk pengetahuan anda, ia adalah ‘muscae volitantes’ atau ‘flying flies’ dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.
Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.
Maka terhasillah paparan-paparan seperti ‘ulat terbang’ yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.
Jika anda ingin melihat dengan lebih jelas ‘ulat terbang’ ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.
Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin banyak “ulat-ulat” itu terhasil di retina.
Jom lihat video untuk penjelasan penuh kejadian ini.
loading...
0 Response to "Selalu Nampak 'Ulat' Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!! "
Post a Comment