BOLEH TAHAN JUGA KEAYUAN GADIS INI..DIKATAKAN NILAINYA SEKALI BELI TUDUNGNYA BERHARGA RM 800 SEKALI SELAK DAN TERUS BAWA

loading...
Tudung berharga RM800 sehelai jadi viral


[​IMG]

[​IMG]
[​IMG]
Berada di tangga ke-5 dalam ‘Malaysia Trends’ ketika artikel ini ditulis, jenama tudung dUCk yang sangat popular di kalangan penduduk urban masa kini ternyata berjaya mencuri perhatian netizen di Twitterjaya.
Orang ramai menyifatkan dUCk, yang diasaskan oleh ikon fesyen berpengaruh, Vivy Yusof ini sebagai salah satu jenama tudung ‘premium’ yang lain dari yang lain.
Menerusi komen, jelas sekali kaum wanita amat menggemari jenama ini, walaupun harganya agak tinggi.
Hari ini, dUCk memperkenal satu koleksi tudung bertatahkan 200 kristal Swarovski yang dijual pada harga RM800.
Dan percaya atau tidak, ia habis dijual dan sold out dalam masa 5 minit sahaja!
Yes, RM800 in just 5 minutes! WOW!
Perkara ini diumumkan oleh Vivy sendiri di laman Instagram beliau menerusi ‘Insta Stories’ yang dimuat naik pada pagi tadi. Sejak daripada itu, nama ‘dUCk’ trending dalam sekelip mata.
[​IMG]
Khabarnya, The dUCk Group telah dipilih untuk menghasilkan satu ‘Hadiah Kebangsaan’ untuk diberikan kepada ‘Miss Universe 2016’.
Baca kenyataan oleh The dUCk Group di bawah:
“Seperti yang anda tahu, kami telah dipilih untuk menghasilkan ‘Hadiah Kebangsaan’ bagi ‘Miss Universe 2016’. Tudung dUCk ini akan pergi ke tangan 110 negara dalam satu masa secara serentak.
“Tudung dUCk KL eksklusif ini mempunyai kilauan istimewa dengan bukan satu, bukan dua puluh, tetapi DUA RATUS kristal Swarovski di atasnya! Setiap dUCk ini mengambil masa yang lama dan penuh kasih sayang untuk disiapkan.
“Kristal Swarovski diletak dan ditekan satu demi satu pada setiap helaian. Swarovski turut memberikan dUCk ini ‘Brand Seal’ untuk mengesahkan kesahihan kristal mereka, melihatkan kepada betapa ‘rare’ dUCk KL ini.
“Disebabkan ia begitu sukar untuk dihasilkan, dUCk KL ini sangat eksklusif dengan hanya beberapa ratus keping sahaja dibuat. Tidak semua orang akan dapat memiliki dUCk yang mencipta sejarah ini, menjadikannya lebih istimewa.” – says.com
[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]

Comments

loading...

0 Response to "BOLEH TAHAN JUGA KEAYUAN GADIS INI..DIKATAKAN NILAINYA SEKALI BELI TUDUNGNYA BERHARGA RM 800 SEKALI SELAK DAN TERUS BAWA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close