Jangan Seronok Sangat Single Kerana Status Single Boleh Membunuh & Risiko Strok!

loading...
Jangan Seronok Sangat Single Kerana Status Single Boleh Membunuh & Risiko Strok!
Bagi sesetengah orang, status single atau tidak berkahwin tidak menjadi masalah dan merasakan ia pilihan masing-masing.
Mungkin ada diantara anda memilih untuk fokus pada kerjaya dan ibu bapa terlebih dahulu. Tapi status single atau bujang dalam jangka masa panjang mungkin bahaya untuk anda.

Status single boleh menyebabkan kemurungan & risiko strok

Dipetik daripada AsianTown.net, menurut kajian yang dilakukan di London, status single dikatakan boleh membunuh seseorang, meningkatkan risiko kemurungan dan meningkatkan risiko strok hingga 70 peratus.
Hasil kaji selidik mendapati, mereka yang berusia 35 tahun keatas dan masih tidak mempunyai pasangan, dikatakan berisiko mati mengejut dan tidak puas dengan kehidupan dimiliki.

Mereka yang single lebih mudah jatuh sakit & sukar untuk sembuh

Penyelidik juga mendedahkan perkahwinan mampu memberi manfaat luar biasa pada kesihatan dan corak kehidupan pun akan berubah jadi lebih baik.
Dr Matthew Dupre, ahli kesihatan dari Persatuan Strok di UK mengatakan, “Pesakit berkahwin yang menderita strok mempunyai semangat hidup lebih baik. Mereka juga boleh sembuh dari penyakit. Sementara pesakit yang telah berpisah daripada pasangannya atau belum berkahwin, mereka tidak mampu untuk bertahan penyakit yang dideritai.”
Secara kesimpulannya, hasil kajian mendapati mereka yang kesepian dan single lebih mudah jatuh sakit.
loading...

0 Response to "Jangan Seronok Sangat Single Kerana Status Single Boleh Membunuh & Risiko Strok!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close