loading...
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tidak berminat untuk berhujah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya telah kata apa yang perlu dikatakan. Cukup cukuplah.
“Saya membuat kenyataan yang berdasarkan fakta dan angka, dan bukan laporan berita Barat.
“Saya tidak membuat andaian atau mewujudkan ketakutan, itu sahaja,” kata baginda seperti yang dilaporkan oleh The Star hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa dalam siri komen dan posting blog bahawa banyak tanah di sekitar Johor Baru telah dijual kepada orang asing tanpa sekatan, dan ramai yang akan beli kediaman di bandar-bandar baru itu.
Beliau menimbulkan kebimbangan itu berdasarkan laporan Bloomberg yang mendakwa Forest City akan menampung 700,000 rumah baru apabila siap kelak.
Sultan Johor telah membidas Mahathir berhubung dakwaan tersebut pada hari Isnin, dengan berkata baginda ‘amat tersinggung dan disakiti’ dengan beberapa ulasan Dr Mahathir yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu.
Baginda juga menuduh Dr Mahathir bermain politik perkauman untuk mewujudkan ketakutan.
Dalam responsnya, Dr Mahathir menulis dalam sepucuk surat semalam, dengan berkata bahawa beliau membuat kenyataan itu berdasarkan laporan Bloomberg mengenai projek-projek pembangunan di Johor. – Malaysiakini | Foto FMT
loading...
0 Response to "TERKEJUT TMJ BILA BACA SURAT YG DI KIRIM TUN MAHATHIR"
Post a Comment